BAB 8

Thriller Completed 1689

Khalisa yang menunduk hanya menurut tanpa sebutir bicara pun keluar dari mulutnya. Awarra sedikit meremang melihat kelakuan aneh Khalisa. Takala Awarra mahu melangkah mendekati Khalisa, dia terlanggar meja lantas lampu suluh ditangan terlepas dari genggaman. Awarra kemudiannya tunduk mahu mencapai lampu itu tapi dia ternganga melihat kaki suraya tidak mencecah memijak kerusi yang menjadi tangga untuk sampai ke suis utama elektrik yang sedikit jauh ke atas.

Awarra tergamam! Bulu romanya meremang. Terketar-ketar jemarinya mahu menyentuh lampu suluh. Bibirnya terkumat-kamit.

“Tengok apa tu? Apasal lama sangat?”

Awarra tersasar ke belakang mendengar sapaan kasar Khalisa.

“Ya ALLAH!!”

Awarra menjerit apabila melihat tubuh Khalisa terapung ke atas dengan muka yang sangat menyeramkan. Seluruh mukanya di penuhi darah, manakala giginya seakan mahu terkeluar dari mulut.

“ALLAH!”

Awarra menjerit nyaring. Dalam samar kegelapan, dia cuba mencapai lampu suluh di hujung kakinya tapi sengihan Khalisa membuatkan Awarra hilang punca sebelum pandangannya benar-benar gelap.

“Awarra, Awarra bangun! Kau apahal tidur kat luar ni? buang tabiat ke, hah?”

Muka Awarra ditampar berkali-kali. Apabila Awarra membuka mata, dia sudah dikelilingi rakan-rakan serumahnya. Awarra segara bangun dan merenung tajam wajah Khalisa.

“Khalisa, apa dah jadi dengan kau ni, hah!” Jeritan Awarra secara tiba-tiba. Sara, Vivy, Khalisa, Maiya juga Qaseh berbalas pandang. Masing-masing sudah mengangkat kening.

“kenapa apa ni Wa?” Tanya Sara hairan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience