BAB 4

Thriller Completed 1689

“Emm… tak adalah. Kami cuma tanya aje. Dahlah, dah tengah malam ni. Jom tidur! aku dah mengantuk ni. Kalau korang tak ngantuk lagi, korang buka topik lain!” Vivy bersuara seraya meleraikan perbualan itu. Dia memegang tengkuknya bila merasa seakan bulu romanya meremang. Cepat-cepat dia menunduk, perlahan mulutnya terkumat-kamit sebelum melangkah pantas masuk ke dalam bilik.

Malam itu Awarra ditinggalkan sendirian selepas rakan-rakan yang lain angkat kaki dari rumah tersebut seperti yang mereka katakan sebelumnya. Oleh kerana terlalu asyik bermain games, dia tidak menyedari waktu sudahpun menunjukkan jam 9 malam.

“Ya ALLAH… dah jam 9 rupanya. Ingatkan masih awal lagi!” Jerit Awarra sendiri. Dia memegang perutnya yang mula mengeluarkan bunyi sumbang. Patutlah perut aku semacam aje. Dah jam 9 rupanya. Aku tak makan lagi ni, omel Awarra kesal. Cepat-cepat di capai tuala di dalam bilik lalu melangkah ke kamar mandi. Badan yang melekit harus di segarkan dahulu sebelum mengisi perut.

“Hari ni aku nak masak apa ek? Maggie aku dah makan pagi tadi. Em, masak telur aje lah. Lagi ringkas. Tak ada mood pula nak masak.” Awarra sempat bermonolog ketika berada di kamar mandi. Untuk menghilangkan rasa sunyi, dia mula mengatur rentak mengikut alunan lagu yang sedang berkumandang di radio yang sengaja di pasang dan diletakkan di ruang tamu.

“Zetttt……” Spontan Awarra berhenti menyanyi. Cepat-cepat dia mematikan pancuran air lantas memasang telinga. Suara apa tu?

“zeettt…..”

Awarra mengerut dahi. Kedengaran seperti kerusi ditarik perlahan dari arah luar. Awarra mematikan diri untuk seketika. Tiba-tiba lagu ‘Aishiteru’ yang sedang diputarkan di radio terhenti kemudianya ia berkumandang semula seolah-olah ada yang mengawal radio tersebut. Awarra mula mengigit bibir. Dari arah luar bunyi ke tu?

“He he he he”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience