BAB 9

Thriller Completed 1689

“kau memang sengaja nak takutkan aku kan? Kau memang kejam Su. Nasib baik aku tak mati terkejut malam tadi! Agak-agaklah sikit kalau nak takutkan orang!”

Khalisa mengerut dahi seribu.

“Apa ni Awarra ? Aku buat apa kat kau? Aku baru aje sampai dengan yang lain la tadi!”

Awarra menjeling tajam kearah Khalisa kemudiannya pada rakan-rakan yang lain. Qaseh pula mengangukkan kepalanya berulang kali.

“Baru sampai? Tak mungkin! Atau korang semua ni semuanya bersubahat! Sengaja nak buat aku mati katak malam tadi!”

“Ya ALLAH Awarra. Cuba bawa bertenang. Bersubahat apanya ni. kita-kita baru aje sampai tadi tahu. Mati katak apanya ni? Cuba cakap elok-elok baru kitaorang faham!” Anneesa cuba meleraikan kekusutan rakan serumahnya itu.

“Kau nampak something ke kat rumah ni?”

Pertanyaan Khalisa membuatkan Awarra terdiam. Dia kemudiannya mula membuka cerita kepada rakan-rakanya tentang peristiwa semalam termasuklah perkara-perkara aneh yang terjadi sewaktu dia sendirian di rumah tersebut.

“Maafkan kami Awarra. Sebenarnya kami pun tak tahu nak mula cerita ni dari mana. Faktor utama kami tak nak duduk kat sini tiap hujung minggu disebabkan perkara ni.”

“Maksud korang?”

“Setahun yang lepas, Balqis seorang bekas penghuni kat rumah ni terbunuh dalam kemalangan jalan raya sehari selepas dia meninggalkan rumah. Faktor utama dia tinggalkan rumah ni pun sebab bergaduh dengan Zuliza.” Vivy mula membongkar sejarah rumah tersebut.

“Zuliza ? Jadi apa masalahnya dengan kejadian aneh kat sini?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience