Samar-samar kedengaran suara tawa seseorang di ruang tamu seolah-olah ada sesuatu yang menggelikan hatinya. Lagu yang diputarkan di radio mula bertukar ganti.
Awarra menarik nafas panjang sebelum mencapai tuala lantas segera keluar dari kamar mandi. Dia mahu memastikan keanehan bunyi tersebut. Mujur dia bukan seorang yang penakut. Kosong?
Awarra mengerut dahi. Tiada apa-apa yang aneh berlaku di situ. Kerusi yang seolah-olah di dengarnya tadi ditarik-tarik langsung tidak berubah dari kedudukan sebenar malahan lagu yang di mainkan juga berkumundang dengan baik tanpa sedikit pun ganguan. Adakah aku yang berhalusinasi sendiri? Awarra menepuk dadanya berulang kali sambil menarik nafas panjang sebelum masuk semula ke kamar mandi untuk meneruskan mandiannya yang tertunggah tadi.
Keanehan yang berlaku di dalam rumah itu langsung tidak di ceritakan pada rakan-rakan serumahnya. Bagi Awarra, itu hanyalah sekadar mainan mimpi saat dia lagi sendiri dan dia juga mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah halusinasinya sahaja.
Lewat tengah malam hari Ahad, Awarra di kejutkan dengan bunyi ketukan di pintu. Ketukan itu di iringi dengan bunyi hujan yang kian reda sejak turun petang tadi. Awarra yang pada ketika itu berada di dalam bilik menyiapkan assignment yang kian melambak sambil mendengar lagu. Dengan penuh malas, dia mengatur langkah menuju ke pintu rumah.
“Eh, Khalisa ! Apasal pulang tengah malam ni?” Tanya Awarra hairan apabila melihat Khalisa berdiri di hadapan pintu sambil menjinjing bag pakaiannya. Khalisa hanya menggelengkan kepalanya tanpa menjawab pertanyaan Awarra. Dia kemudiannya bersahaja masuk lalu melangkah masuk terus menuju ke arah bilik yang dikongsi bersama dengan Vivy.
Awarra tersengih. Terlintas idea nakal di kepala. “Apahal ni Su? Lari rumah ke sampai pulang rumah dalam keadaan macam ni? lain macam aje aku tengok.” Usik Awarra sebelum menutup pintu. Khalisa hanya diam. Sempat dia menjeling ke arah Awarra sebelum masuk ke dalam bilik.
Share this novel