Mereka berdua dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor. Aira meminta Farid berhenti di RNR untuk rehat makan solat semua. Mereka bertolak pukul 10 pagi lagi.
Sudah masuk waktu zohor untuk mereka solat sebelum teruskan perjalanan mereka. Aira dan Farid masing² pergi solat dulu sebelum pergi makan.
"Dah siap sayang? "
"Um dah.. Saya nak makan lah lapar jom makan.. Saya mengidam nak makan nasi ayam.. Hehehe.. " - kata Aira dengan muka nya yang manja
"Eiii ngada2 ehh.."
"Biala saya nak mengada ngada pon.. Bukan dengan orang lain dengan awak juga kan? Wekk"
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Aira menunggu giliran dia untuk pesan nasi ayam. Dia minta Farid pergi pesan minuman diorang. Selepas lama tunggu akhirnya diorang dapat juga makan.
"Sedapnyaaaaa!! " -suka Aira bila dapat makan nasi ayam kegemaran dia
*Bunyi deringan handphone*
"Kejap eh..saya nak jawab phone ni dulu.. " -kata Farid dengan tergesa²
Aira sambung makan tanpa hiraukan Farid. Dia tak fikir panjang pun yang dia tahu Farid ada kerja. Selepas selesai semua mereka sambung kembali perjalanan mereka.
Mata Aira mula layu demi sedikit. Dia tidur sementara nak sampai ke kampung. Farid yang tekun memandu sedar Aira sedang khusyuk tidur.
*Tiba sudah di kampung*
"Hey.. Sayang wake up..we are here now " -gerak Farid pada Aira yang khusyuk tidur tadi
"Um sampai dah ke? "
"Ye dah sampai dah...dah bangun cepat.. " -Farid keluar buka bonet kereta belakang untuk ambil beg baju mereka. Aira naik beri salam
"Assalamualaikum mak! Ayah! "
"Waalaikummusalam..ehhh! Ya allah Aira.. Masuk lah..rindunya mak dekat kamu.. Kamu sihat ke? " -tanya Pn Milah
"Aira pun rindu dekat mak.. Aira sihat je mak.. Yang lain mana? " -tanya Aira dengan matanya yang bulat cari adik dia
"Ada...mereka dekat belakang rumah macam biasa lah.. Ha Farid pun datang? Lama tak jumpa kamu sihat ke? "
"Sihat je mak.. Biasalah kerja banyak sangat sampai tak sempat nak balik sini dengan Aira.. Dia pun kerja tak berhenti " -jawab Farid sambil angkat beg baju mereka
"Okelah kalau macam tu.. Jom kita pergi belakang rumah jumpa mereka dulu.." -ajak Aira yang tak sabar nak jumpa adik beradik dia
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Siapa yang datang tu ayah? " -tanya Qisya
"Tak tahu lah..orang mari jual karpet kot.. "-kata En.Megat
Mereka lagi khusyuk berbual tak sedar yang Aira balik. Aira dengan slor datang dari belakang Qisya mengejutkan mereka bertiga di tempat wakaf.
"Oh pohon jatuh langit.. Ehh akak!? Kenapa balik tak cakap? " -tanya adik bongsu dia yang baru habis terkejut melatah
"Hahaha.. Adik masih sama ehh.. Melatah lagi ehh.. " -gelak besar Aira lihat gelagat adiknya
"Rindu tau dekat akak"
"Ha Aira balik dengan siapa nih? " -tanya En. Megat
"Aira balik dengan Farid sekali.. So kebetulan kami nak lah bincang pasal perkahwinan kami dengan mak dan ayah.. "
"wuuu.. Tak sabar² ehh akak nak kahwin.. Gatal tuh ayah.. " -ejek adik lelaki dia Irfan
"Ishh kau nih.. (cubit) "
"Adu adu adu.. Sakit lah.. "
"Assalamualaikum ayah sihat? " -salam Farid yang sudah angkat barang
"Alhamdulillah sihat.. Kamu macam mana sekarang? Sihat ke? Kerja oke ke? " -tanya En.Megat
"Oke ayah semua oke.. Alhamdulillah lah kerja pun oke."
Sementara mereka sedang berbual Aira masuk ke rumah untuk berbual dengan maknya dan Sya. Untuk lepaskan rindunya.
"Mak...abang mana? Tak balik ke? "
"Tak.. Dia ingat nak balik hari ni lah juga tapi bos dia tak bagi cuti sebab banyak sangat projek yang dia kena siapkan.. "
"Akak.. Tidur sini berapa hari? " -tanya Qisya yang berkepit dengan Aira
"Akak tidur sini selama.... 5 hari! "
"Wah.. Bestnya boleh lah Sya lepas rindu Sya dekat akak.. "
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Awak dah solat Isyak? " -tanya Aira
"Dah" -jawab Farid yang lalai dengan phonenya
"Um awak... Kita nak kahwin bila ehh?"
"Kahwin?!" -terkejut Farid
"Ishh yang awak terkejut nih kenapa? Kita kan dah lama jaga hubungan kita..so tak baiklah kita duduk main macam nih.. So kita kahwinlah.. "
"Maaf lah.. Bukan apa saya masih tak sedia sayang.. Oke oke macam nih apa kata kita jangan kahwin dulu.. Kita kahwin bila saya dah sedia.. "
"Ha?! Are you serious? Awak nih dah kenapa? Kahwin je pun...bina keluarga? Awak takut kan apa nih? Ke awak..... "
"Ya allah sayang Tak ada apalah.
jangan fikir situ please Aira bagi saya masa" -pujuk Farid
Aira bangun dari sofa dan masuk ke biliknya dengan muka sedih. Dia membuka tudungnya dan melabuhkan punggungnya ke katil sambil mendenga lagu kesukaan dia.
Kenapa pula Farid tiba² minta masa. Bukan dulu dia juga yang cakap nak kahwin. Dan nak bangunkan keluarga yang bahagia? Apa semua nih? Kenapa perlu masa? Kenapa?
Tapi sejak akhir nih aku tengok dia macam lain macam je dengan aku. Dah tak macam dulu. Macam dia bukan Farid yang aku kenal dulu. Apa ada benda yang dia sorok kan.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Main hp je tahu" -merungut Aira lihat Farid main hp setelah bangun dari tidur
"Morning sayang... "
Aira abaikan teguran Farid dan dia terus masuk ke dapur untuk memasak. Farid yang diam melihat Aira terus menghampiri Aira di dapur.
Farid cuba untuk bergurau manja dengannya tapi Aira masih tidak layan dia. Farid mencuit pinggang Aira untuk buat Aira ketawa geli. Tapi masih tidak layan.
"Morning akak.. " -ucap Qisya
"Morning to sayang...ha hari nih akak masak ayam masak merah.. Ayam kicap.. Banyak lah.. " -kata Aira
"Um.. Sedapnya bau.. Lama dah tak rasa air tangan akak kita nih.. " -kata Irfan mengejek Aira
"Haih gaduh je keje kamu dua orang nih.. Dah dah dah.. Mari kita makan" -tegur Pn.Milah yang keluar dari bilik dengan En.Megat
Sesudah saja selesai makan. Ayah Aira minta Farid tolong dia mesin rumput di belakang rumah. Aira yang baru sudah solat terdengar bunyi hp Farid di biliknya.
Aira terasa mahu lihat siapa yang call Farid. Dia lihat di skrin phonenya nama panggilan itu nama lelaki dia dengan selambanya menjawab panggilan itu.
Ssbaknya rasa dada dia. Yang dijawab bukan lelaki tapi...perempuan.
BERSAMBUNG
Share this novel