Eps 16

Drama Completed 11896

*Di majlis perkahwinan*

Hari yang tidak diinginkan oleh Aira telah berlaku. Dia terpaksa berkahwin demi ayah dan ibunya untuk tidak membuat mereka malu. Aira yang siap dengan baju pengantin dia yang kembang itu bersama high heels kelabu.

Memegang sejambak bunga mawar. Turun ke bawah untuk acara akad nikah. Aiman yang menunggu dengan wali akan kehadiran Aira untuk memulakan majlis ini. Setelah 5 minit Aira datang dan duduk di belakang.

Mula lah acara mereka. Aira ingin menangis tapi apakah daya dia di tempat umum. Mereka berdua naik kelamin setelah akad nikah berlangsung. Aira yang sedikit malu duduk sedikit jauh dengan Aiman.

"Sayang? Kenapa duduk jauh dari saya nih? " -tanya Aiman

"Haaa? Sayang?! Sejak bila dia pandai panggil sayang nih" -bisik Aira dalam hati

"Um saya panas tak boleh duduk dekat-dekat.. " -kata Aira

"Yeke? "-himpit perlahan ke arah Aira

"Apa awak buat.. " -cakap Aira dengan perlahan

Aiman memegang pinggang Aira dan menarik Aira rapat dengannya. Aira terkejut dengan kelakuan Aiman. Aira cuba untuk lepaskan dari di peluk Aiman. Aiman menariknya lagi hingga mereka bertentangan mata bersama.

"Wow.. Sweetnya korang " -tegur seseorang

"F-Farid?! Apa awak buat sini? " -tanya Aira terkejut

"Kau!? Beraniii kau! Rampas Aira dari aku!Aku nak kau ceraikan Aira! " -jerit Farid dengan menarik kolar baju Aiman

"Kau jangan berani nak sentuh isteri aku!kau bukan milik dia lagi! Lebih baik kau pergi kalau kau tak nak kena macam orang kau " -jelas Aiman

"Orang aku!? Apa kau dah buat? " -tanya Farid

"Kau rasa? Aku dah cakap jangan berani sentuh Aira.. Kalau kau sentuh Aira sikit saja.. Aku akan patahkan tangan kau.."-cakap Aiman dengan slor ke telinga Farid

Farid bengang dengan Aiman. Lalu ditumbuk Aiman oleh Farid. Orang yang datang ke majlis perkahwinan mereka terkejut dengan kejadian itu. Ibu bapa Aiman dengan Aira datang pada mereka.

Aira mengangkat Aiman yang jatuh ditumbuk Farid. Farid menarik tangan Aira. Tapi dihalang oleh Aiman. Aiman memanggil bodyguard nya. Farid diheret keluar dari dewan itu.

"Aira? Aiman kamu berdua oke ke? "-tanya Datin Maryam

"Aira.. Awak oke tak? Awak tak cedera kan? " -tanya Aiman

"Saya tak apa-apa tapi awak luka" -jawab Aira

Mereka terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka. Setelah kejadian tadi mereka tidak selesa. Ibu bapa Aiman menyuruh Aira cerita pada mereka tentang Farid. Aira menceritakan kisah dia dengan Farid.

Mata Aira mengalir bila meluahkan perasaan dia pada Datin Maryam. Ibu Aiman duduk sebelah Aira dan memujuk Aira untuk bersabar. Ibu bapa Aiman faham akan keadaan Aira.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

*Di rumah Aiman*

"Dah sampai.. Ni lah rumah saya.. Saya tinggal seorang di sini" -kata Aiman sambil meletak kereta di bawah garaj

"Besarnya rumah awak...tapi saya masih tak selesa lagi.. Dan saya masih takut untuk cuba mencintai awak Aiman "-kata Aira dengan menunduk sedih

"Sayang? Look at me..i will wait you to love me...i dont care when you want to love me.. Saya akan sentiasa terbuka hati saya pada awak ok? "

Aira tersenyum saat Aiman berkata demikian. Dia turun dari kereta. Aiman menyuruhnya untuk naik lihat rumah sementara Aiman mengangkat barang mereka. Aira dengan excited nya nak lihat rumah lari masuk ke dalam.

Dia masuk ke dalam rumahnya begitu besar ruang tamunya. Dan matanya tajam melihat ruang belakang yang ada kolam dan taman berbunga. Dia tak sangka rumah Aiman begitu mewah.

Aiman yang melihat isterinya begitu gembira. Dia tak sangka dapat lihat senyuman Aira yang lebar itu. Aiman memanggil Aira untuk lihat bilik mereka. Bilik mereka di tingkat 2. Rumah itu ada 2 tingkap. Dan punya 4 bilik.

"Okeh ni bilik kita dua....dah pergi mandi nanti kita solat magrid sama-sama oke? " -suruh Aiman

"Um awak... "

"Yeaa sayang? "

"Saya.. Nak tidur berasingan boleh? Untuk sementara waktu biar saya selesa dulu dengan awak " -minta Aira

"Baiklah sayang tidur bilik nih.. Saya tidur bilik sebelah.. Bilik air nih bersambung dengan bilik sebelah.. So saya tidur bilik sebelah oke" -kata Aiman

Aira mengemas bajunya ke dalam almari pakaian yang besar yang dicampur juga dengan baju Aiman. Dia sangkut bajunya sebelah pintu lagi supaya tidak berselerak dengan baju Aiman.

Sesudah sahaja mereka solat. Aira mencium tangan suaminya. Aiman terkaku tengok muka isterinya yang putih gebu itu. Hingga imannya tak kuat pandang Aira.

"Awak.. Saya nak masak nih tolong saya masak oke? " -minta tolong Aira

"Haaa..oke sayang " -jawab Aiman yang gatal itu

"Kita nak masak apa nih sayang? " -tanya Aiman yang duduk berkepit sebelah Aira

"Awak nak makan apa? "

"Saya makan saja apa yang isteri saya masak"

"Okeee.. Kita masak nasi goreng dengan ayam masak merah dan air oren nak? "

"Nakk..bestnya dapat makan dengan isteri saya nih"

Aira mula mengumpul barang masakan. Dia memasak ayam masak merah dulu. Dengan pertolongan Aiman. Dia menyuruh Aiman memotong bawang merah dan memotong ayam. Aira membuat kuahnya dulu.

"Awak.. Jangan potong besar-besar.. Tak sedap nanti makan ayam besar... Kita kena potong sederhana sikit.. Sini saya ajar.. " -tegur Aira dekat suaminya

Aiman yang khusyuk lihat muka isterinya yang cantik itu . Pakai tudung pun cantik tak pakai tudung pun cantik dengan rambutnya yang diikat itu nampak sangat lawa.

"Auch.. " -jerit sakit Aira

"Ya allah sayang.. Cam ne boleh luka nih.. Hati-hati lah sikit sayang.. "

"Tak pe sikit je nih.. "

"Sikit apa dah mari sini nak sapu ubat..lepas tu sambung masak balik. "

Aiman mencapai kotak medicine lalu diambil ubat cuci luka dengan pelekat kecil. Aira tertarik dengan Aiman yang merawat luka nya. Dia tersenyum lihat Aiman.

"Dah siap.. Lain kali hati-hati masak tu faham? " -kata Aiman

Aira kembali memasak. Setelah sejam lebih memasak. Akhirnya siap juga. Mereka mula menjamah makanan tuh. Aiman tak henti makan masakan dari tangan isterinya.

Setelah siap makan. Aira baring di sofa sambil melayan drama koreanya. Aiman yang memanggil Aira tidak disahut. Tak disangka isterinya terlena di sofa. Aiman cuba mendukung Aira dengan perlahan untuk tidak mengejut Aira.

Aiman bawa masuk ke bilik Aira dan meletak Aira ke atas katil. Aiman duduk perlahan sebelah Aira. Dia ingin lihat muka isterinya dengan lebih dekat lagi.

"Sayang.. Saya harap suatu hari nanti awak boleh terima saya.. " -bisik Aiman dengan mencium dahi Aira

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Tak gunaaa.. Kurang ajar kau Aiman.. Beraninya dia rampas Aira dari aku! "

"Tak tak tak.. Aku tak akan biarkan begitu saja.. Aku akan dapatkan Aira kembali walaupun aku terpaksa bunuh kau Aiman "

"Bos.. Uhuk.. Uhuk"

"Kau.... Kemana kau menghilang!" -tanya Farid pada orangnya

"Saya ditangkap oleh sekumpulan orang.. Mereka menyuruh saya beritahu saya bekerja dengan siapa dan apa yang saya disuruh.. " -kata orang itu

"Siapa yang tangkap kau? "

"Saya tak nampak sebab malam tuh sangat gelap.. Saya ditumbuk oleh seorang lelaki tak salah saya itu ketua mereka.. Uhuk uhuk.. " -jelasnya lagi

Farid teringat kata-kata Aiman. Dia syak yang Aiman telah tahu dia menghantar orangnya untuk mengintip Aira di london dulu. Farid menghentak mejanya kerana berang dengan Aiman.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience