"S-siapa kau?! " -jawab Aira dengan perasaan marah
Tak sampai seminit perempuan itu tamatkan panggilan dia. Mata Aira mula mengalir membasahi pipinya.
Kringgggggg! Terkejut Aira dari tidurnya disebabkan alarm phonenya berdering.
"Mimpi...."
"Hai sayang bangun dah? " -tanya Farid sambil bawa minuman juice apple pada Aira
"kenapa ni? Demam ke? "
"Takdelah.. Just bad dream.. " -jawab Aira sambil minum air untuk melegakan perasaan takutnya
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Akak.. Akak kan masih ada lagi 3 hari di sini.. Apa kata kita pergi mall esok nak tak.. Sya nak keluar jalan² dengan akak "
"Um..? Oke kita keluar esok pagi.. "
Qisya menjerit gembira bila dapat keluar jalan² dengan Aira esok pagi. Dia tak sabar nak luangkan masa dengan akaknya.
*Di mall*
"Akak.. Tengok tuh.. Besar kan teddy bear tuh.. " -jerit Qisya sambil menunjuk ke arah patung itu
"Qisya nak ke? Akak boleh belikan"
"Betul ke?! Qisya nakk.. Nak sangat"
Aira terus pergi belikan teddy bear untuk adiknya. Dia sekurangnya dapat lepaskan rindu dia dengan beli patung pun dah cukup.
Qisya gembira dapat hadiah dari kakaknya. Dia terus peluk Aira bahagia. Mereka kemudian berhenti untuk makan.Sudah penat berjalan perut mula berasa lapar
"Sayang nak makan apa? "
"Ikutlah asal masuk mulut "
*Di Restoran*
"Haas.. Sya nak makan apa? " -tanya Farid
"Umm.. Sya nak makan Mee goreng lah boleh?" -jawab Sya sambil bermain dengan Teddy Bear yang dibeli oleh akaknya
"Okee... Sayang nak makan apa? "
"Saya nak makan salad lah..tak lalu nak makan benda lain" kata Aira menunggu Farid order makan
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Sesudah mereka melahap makanan tadi. Mereka bertiga bergerak pulang ke rumah. Sesampai mereka di rumah Aira terus masuk ke ruang bilik nya.
"Aihhh dah kenapa si Aira tuh.. Monyok semacam je ayah tengok.. Kamu dua ada gaduh ke? "- tanya ayah Aira yang lagi baca surag khabar
"Tak tahu lah ayah.. Pagi tadi lagi dia asyik monyok dengan saya.. Saya pun tak ada buat masalah dengan dia"
"Emm biasa lah perempuan.. Masa dia lah tuh.. PMS ler tuh.. "
Selepas solat asar. Farid pergi jenguk Aira yang tak keluar bilik dari tadi. Dia mengetuk pintu beberapa kali tapi tidak dijawab. Farid terus masuk ke kamar Aira.
"Sayang? Saya masuk nih.. " -kata Farid dengan melangkah masuk dengan hati2
"Nak apa? "-tanya Aira yang khusyuk lihat skrin laptopnya
"Buat apa tuh? "
"Kerja.. Kenapa? Nak apa? " -tanya Aira dengan suara yang suram
"Umm.. Saya nak tanya ni..kenapa pagi nih awak nampak masam semacam je? Saya ada buat salah ke? " -tanya Farid sambil menatap muka Aira
"Tak ada apa...biasa lah perempuan PMS kan.. Dah pergi sana keluar.. Saya banyak kerja lagi nak buat.. Jangan kacau saya.. "
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Kringggg! Bunyi deringan phone Farid. Lantas dijawab olehnya. Dari waktu insyak sampai lah pukul 12 dia masih lagi ditalian bersama seorang. Aira yang lalu depan bilik Farid lantas terdengar suara Farid yang sedang bercakap dengan seseorang.
Tapi yang dia terdengar ialah "SAYANG". Aira terus pergi ke luar rumah di belakang untuk ambil hirup udara segar tanpa berfikir panjang yang dia mungkin tersalah dengar.
"aiii sayang? Buat apa kat luar tengah2 malam sejuk nih..nanti masuk angin kan " -sapa Farid sambil menyelimut badan Aira dengan jacketnya
"Saja ambik angin" -
"Awak sebenarnya kenapa nih?awak bukannya dalam PMS pun.. Awak ada sakit hati dengan saya ke? " -tanya serius Farid
"Yeaa.. Saya ada sakit hati dengan awak. Awak ingat tak malam semalam saya tanya awak Pasal perkahwinan kita? Awak terus tersentak bila dengar hal tuh" -kata Aira dengan perasaan marah
"Lahh pasal tu ke? Ya allah sayang.. Saya nak lah kahwin dengan awak.. Oke3 macam nih apa kata kita bawa family sayang jumpa family saya bincang pasal nih minggu depan nak?"
"Lagi satu awak asyik main phone awak tuh buat apa? Sampai tak pandang muka orang? Awakk.... "
"Ishh tak ada apalah dah jom masuk tidur.. Esok kita dah nak balik KL kan.."-kata Farid sambil menarik pergelangan tangan Aira
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Assalamualaikum Aira Sihat ke? " -tanya Datin Zeha
"Waalaikumussalam sihat je ma...mama dengan papa sihat ke? Lama tak jumpa mama dengan papa " -manja Aira dengan mak mertuanya Farid
"Alhamdulillah sihat semua nak.. Ha Farid ada cakap nak bawa kami jumpa ayah dan ibu Aira nak bincang pasal perkahwinan betul ke? "
"Haah betul.. Farid suruh mak dan ayah jumpa mama dengan papa minggu depan.. "
"Tak apalah kalau macam tu.. Nanti nak datang kamu beritahu lah dekat mama eh. "
"Ye mama insyaallah nanti Aira cakap"
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Sayang betul ke awak nak kahwin dengan perempuan tu juga? " -tanya seorang wanita pada Farid
"Sayang walaupun saya kahwin dengan dia.. Sayang tetap no satu di hati saya.. " -kata Farid
"Farid?" -tegur seseorang dari belakang
"A-aira!?"
BERSAMBUNG
Share this novel
really like ur story.. nxt chp