Eps 17

Drama Completed 11896

Kedengaran bunyi burung di luar jendela bilik Aira. Dia terjaga dengan kecerahan cahaya yang menyinari biliknya. Aira sedar semalam dia tidur kat sofa. Tapi tidurnya di katil. Dia tahu siapa yang bawa dia ke bilik tidur.

Aira mengambil tuala mandi. Sejurus dia masuk ke bilik air alangkah terkejutnya dia lihat Aiman yang separuh bogel sedang memberus giginya. Aira menjerit malu dia tidak ingat yang bilik mandinya bersambung dengan Aiman.

"Sayang? Kenapa jerit nih? " -terkejut Aiman

"Awakk.. Nape tak kunci pintu!.." -marah Aira dengan berpaling ke arah lain sambil menutup matanya

"Kenapa? Lah kita kan suami isteri yang sah..yang awak malu dengan ssya kenapa? " -kata Aiman sambil memberus gigi

"Eiii.. Dah lah saya nak keluar dulu.. " -lari Aira

Aiman ketawa lihat Isterinya yang lucu. Selepas mereka siap mandi. Aiman memanggil Aira untuk bincang di mana mereka patut honeymoon minggu depan. Aira senyap dengan hal ini. Dia masih terbayang hal dia dengan Farid

"Sayang?..masih terbayang lagi? " -tanya Aiman

"Tak.. Saya cuma pening kepala" -tipu Aira

"Jangan tipu saya.. Saya tahu awak masih terbayang pada dia kan? " -kata Aiman

"Saya tak marah.. Saya cuma nak awak buka hati awak pada saya sebelum terlambat oke? " -kata Aiman

"Dahh pilih mana tempat nak pergi honeymoon..sebab kita akan still sana selama 1 bulan " -jelas Aiman

"Sebulan? Lamanya.. Kenapa tak seminggu je? " -tanya Aira

"Sebab saya nak awak luangkan masa awak bila kita pergi honeymoon nanti.. Dan saya akan cuba memikat isteri saya yang cantik nih" -jawab Aiman

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Dah saya nak pergi kerja dulu ..kalau ada apa-apa call saya faham? Jangan bagi sape-sape masuk rumah kita kalau tak kenal oke? "- jelas Aiman

"Lagi satu jangan lupa kunci rumah "

"Iye iye.. Saya tahu lah.. Dah jumpa awak nanti balik hati-hati eh.. " -salam Aira tangan Aiman

Aiman mencium dahi Aira. Muka Aira bertukar menjadi merah. Jantung Aira berdegup laju. Dia tidak sangka Aiman sebegitu nya sayangkan dia. Setelah Aiman bertolak ke tempat kerja.

Aira melihat rumah Aiman sedikit berhabuk dan berselerak. Nampaknya dia akan banyak kerja.

*Di tempat kerja Aiman*

Knock knock knock

"Masuk"

"Bos ada tetamu yang kita buat mesyuarat sebulan lepas tentang bisnes ni" -kata assistant Aiman

"Baiklah suruh dia masuk "

"Well well well.. Kau bos besar bisnes nih? " -tanya Farid

"Jadi kau lah orangnya nak beli barang bisnes aku nih? " -kata Aiman

"Kau! Kalau lah aku boleh bunuh kau semasa aku jumpa kau.. Dah lama Aira jadi milik aku"

" Kau siapa untuk dia...kau dah tak de hak untuk dia lagi lah Farid.. Cukup lah kau seksa dia tahun lepas.. Kau patut bersyukur semasa kau bersama Aira. "

"Ituu aku punya pasal.. Kau tak patut ada dengan Aira.. Aku nak kau tinggalkan Aira sebelum aku jadi gila"

"Aku tak takut dengan ugutan kau.. Lebih baik kau berambus dari sini sebelum aku buat benda yang kau tak inginkan "

Farid keluar dari pejabat Aiman dengan perasaan yang marah padanya. Aiman perlu berjaga-jaga tentang ini. Dia tahu Farid akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan Aira.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Assalamualaikum sayang...?" -beri salam Aiman

"Oooo sayang.. Mana pula dah dia nih.."

"Yea insyaallah saya akan hantar gambar baju pengantin untuk puan.. Kita tengok sama ada baju nih sesuai atau tidak..baiklah saya letak dulu ye" -bercakap Aira dengan pelanggan nya yang mahu menempah baju pengantin

"Sayang! "

"Ahh! Ishhh awak nih kenapa? Terkejut saya tau" -marah kecil Aira pada Aiman

"Dah tu saya bagi salam tak de sapa yang jawab"

"Waalaikummusalam.. Maaf lah saya tengah cakap dengan pelanggan saya dia nak jumpa saya esok "

"Esok? Dekat mana? Saya hantar ke? "

"Dekat ioi mall esok.. Saya pergi sendiri je esok..awak tak yah hantar lah lagipun sekejap je pergi" -kata Aira

"Betul nih? Tapi hati-hati saya tak nak awak kena apa-apa.. Terutama Farid.. Sayang faham lah eh"

"Iyee saya faham"-kata Aira masuk ke dalam untuk buat air pada suaminya.

"Ishh nape tinggi sangat kabinet nih nak ambil gelas pun tak sampai" -merungut Aira soal kabinet

"Aaaa! "

"Ishh sayang.. Yang awak panjat meja kenapa? Kan jatuh nanti dapat sakit je..hati-hati lah " -kata Aiman yang sempat sambut Aira dari jatuh

Jantung Aira berdegup laju bila Aiman dekat dengannya. Dia cepat-cepat turun dari dukungan. Aiman yang lihat muka isterinya mula mengejek. Aiman mencuit pinggang Aira. Membuat Aira geli.

Aira mengejar Aiman yang suka usiknya. Mereka berpusing sekeliling taman belakang yang luas itu. Aiman yang berlari dari arah belakang membuatkan dia tersandung lalu Aira cuba menangkapnya.

Mata mereka wajah mereka dekat. Bibir sama bibir mula rapat. Aiman yang cuba untuk mencium Aira. Ditolaknya Aira terus lari naik ke biliknya. Aiman ketawa lihat reaksi muka Aira yang malu.

"Apa jadi tadi? Tak tak tak.. Tak boleh.. Walaupun aku isteri dia...aku tak boleh biar dia cium aku.. Walaupun kami sah tetap tak boleh" -malu Aira

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

*Di ioi Mall*

"Baiklah puan setuju dengan pilihan A atau pilihan B? "

"Saya pilih pilihan A"

"Baiklah nanti saya akan suruh pekerja saya siapkan baju nih"

"Oke.. Terima kasih"

Akhirnya selesai juga janji temu Aira dengan pelanggan nya. Sebelum pulang Aira singgah ke kedai kek. Dia teringat nak makan kek dengan Aiman sekali nanti balik. Aira mengeluarkan phonenya untuk menelefon Aiman untuk menanyakan kek apa yang dia nak.

Tapi panggilannya tidak diangkat. Mungkin lagi mesyuarat. Aira melihat kek coklat cair lalu dibelinya. Sejurus pulang dia ditarik oleh seorang lelaki dari arah belakangnya.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience