"Mana pula suami aku nih.Dari pagi tak nampak batang hidung pergi mana tak cakap" -membebel Aira lihat Aiman tiada
Sudah pukul 9 malam Aiman masih tak pulang ke rumah. Aira yang risau akan Aiman keluar cari Aiman di kawasan pantai. Angin sejuk bila malam hari lebih-lebih lagi di kawasan pantai.
Cahaya yang menarik tumpuan Aira buat dia terasa ingin pergi dekat dengan lampu yang berada di pondok. Dengan meja di isi dengan makan malam. Selangkah dia dihalang oleh seseorang dari belakangnya.
"Hai sayang"-tegur Aiman
"Awak!? Ishh terkejut saya. Awak pergi mana tak balik"
"Cieeee isteri saya risau dekat saya eh? Haha maaf lah saya cuma buat persiapan je"
"Persiapan apa? "
"Pandang depan "
Aiman memegang tangan Aira bawanya ke tempat yang Aira lihat itu. Aira terpegun dengan suasana itu. Dia tak sangka Aiman buat ini untuknya.
"Sayang nak keluar pakai lah jacket tebal. Nanti sakit nanti isteri saya ni" -kata Aiman dengan menyelimut Aira dengan jacketnya
"Awak buat semua ni untuk saya"
"Yelah untuk sayang lah. Untuk sape lagi kan"
"Apa makna semua nih? "
"Makna semua nih. Sebab saya dah berjaya buat awak jatuh cinta dengan saya. Thanks sayang sebab buka hati sayang untuk saya"
"Belum sepenuhnya saya buka hati saya pada awak" -cakap Aira dengan nada perlahan
"Tak pe yang penting awak dah semakin sembuh"
Mereka berdua menghayati makan malam mereka di pantai yang ditiup angin sejuk. Diterangi bintang yang terang. Bersama bulan yang menyuluh bumi. Aira gembira sudah semakin sembuh.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Knock! Knock! Knock!
"Julia?" -tegur Aira
"Hy.. I datang sini nak ajak korang dua datang majlis hari jadi i malam nih. So datang lah jangan tak datang. Nanti kecil hati i pula. Nih alamat dia nanti u datang oke. Bye"
"Awak... Julia datang ajak kita pergi acara hari jadi dia malam nih" -kata Aira
"Um..okelah nanti kita pergi "
*Di resort Julia*
"Hy.. Jemput duduk makan " -kata Julia yang sibuk layan tetamu
"Julia" -tegur Aiman
"Oh hy guys.. Ingat tak datang tadi"
"Birthday you tak kan kami tak datang " -kata Aiman
"Tak pe lah kalau macam tuh duduk lah makan. I nak pergi sediakan makanan yang dah habis untuk korang"
"Saya nak tolong boleh? " -tanya Aira
"Boleh ikutlah"
Aira mengikut Julia ke dapur untuk ambil makanan. Aira rasa aura negatif mula terasa. Julia memanggil dia lalu ditampar oleh Julia.
Terkejut Aira dengan itu.
"Awak ni kenapa Julia?! "-tanya Aira terkejut
"Kau! Berani kau rampas Aiman dari aku!"
"Rampas? Apa masalah kau nih"
"Aku masih sayangkan Aiman. Tapi kau kahwin dengan dia! "
"Kau yang buat Aiman sengsara dulu dengan kau! Kenapa kau nak salah kan aku. Siapa yang meniduri lelaki lain"
"Kau! Tutup mulut kau sebelum aku..
"Sebelum apa? Sebelum kau nak tampar muka aku lagi? "
"We see... Ahhhhh" -pura-pura Julia jatuh ke dalam air pantai
"Aira? Julia? Apa jadi? "-tanya Aiman
"Tolong! Help me! " -jerit Julia
"What happen to you? "-tanya kekasih Julia yang sudah bawa Julia naik
"Aira tolak i.Dia cakap i nak rampas Aiman balik dengan pura-pura buat sakit masa i di hospital hiks Hiks hiks"
"Nooo i not do that. Aiman saya tak buat semua tu. Awak percaya saya kan? Awak kenalkan diri saya macam mana"- kata Aira
"Saya percaya awak bukan jenis perangai macam tu" -kata Aiman
"Dah jom balik dari parti drama tipu ni" -heret Aiman tangan Aira
"What!? No! Hey Aiman! " -panggil Julia
Aiman dan Aira pulang ke resort mereka. Masih beberapa minggu lagi mereka boleh enjoy masa mereka di sini. Sesampai saja di resort. Terlihat jelas Farid sedang menunggu mereka.
"Kau nak apa lagi datang sini? " -tanya Aiman
"Aku datang nak minta maaf dengan korang"
"kau ingat aku percaya dengan kau? "-kata Aiman
"Aira? Masuk dalam sekarang" -suruh Aiman
Aira masuk ke dalam. Dia risau Aiman dan Farid akan bergaduh. Dia melihat Farid betul-betul ikhlas minta maaf dengannya. Apa patut dia maafkan dia.
"Aiman? Apa awak bualkan tadi "-tanya Aira setiba Aiman masuk
"Tak ada apa. Saya cuma cakap jangan ganggu sayang lagi"
"Oke.. Esok saya nak pergi market kat kawasan sini nak cari bahan masak nak makan "
"Oke sayang. Nak saya teman? "
"Tak yah lah saya pergi sorang je. Kejap je tak lama pun oke"
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Give me this one and this one" -cakap Aira pada penjual ikan
Setiba Aira mahu pulang dia dihalang oleh sebuah van hitam keluar 3 orang lelaki bertopeng bawa Aira masuk ke dalam van hitam itu dan bawa lari Aira ke satu tempat. Aira menggigil ketakutan dengan mereka. Apa yang akan terjadi padanya.
BERSAMBUNG
Share this novel