Eps 19

Drama Completed 11896

"Sayang!? Siap dah ke mandi? "

"Jap sikit lagi" -jerit Aira dari dalam

Mereka berdua bersiap-siap nak ke destinasi mereka. Aira tidak tahu ke mana Aiman nak bawa dia.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Mereka berada di Maldives?! Selama sebulan?! " -jerit Farid

"Tak guna! Aku kena cari cara untuk hapuskan lelaki tuh"

Farid yang hendak jumpa Aira tidak tahu bahawa mereka berdua pergi bercuti di Maldives. Hal itu membuat Farid tambah marah pada Aiman yang cuba menghindari Aira dari dia.

*Di restoran*

"Awak? Kenapa datang sini? Macam mahal je.. Tak de ke tempat yang standard" -bisik Aira

"Hahaha.. Sayang.. Awak tuh isteri saya.. Saya kenalah jaga makan minum awak juga.. Lagipun saya banyak duit tak salah keluarkan duit untuk isteri tercinta saya kan?"

"Yelaa tapi..

"Dah dah dah tak de tapi-tapi sekarang order makanan apa yang awak nak"

"Saya ikut awak makan lah eh"

"Oke.. Kita makan Chicken drill dengan air jus buah mangga nak? "

"Jus mangga!? Nak nak nak" -suka Aira dapat minum air kegemaran dia

Dalam bersuap makan. Aira dikejutkan dengan bunga ros yang besar. Dia kagum dapat sejambak bunga ros. Baunya sangat wangi. Aira tersenyum menerima hadiah dari Aiman sempena menerima Aiman dalam hidupnya.

Air muka Aira berubah setelah Aiman memberi hadiah begitu. Dia tidak tahu sama ada dia dapat menerima Aiman atau tidak. Tapi dia teringat kata-kata abangnya untuk lupakan masalah lama dan terima Aiman sebagai peneman hidup terakhir.

*Di resort*

Aira yang selesa baring di sofa sambil menonton drama. Aiman datang duduk sebelahnya dan mengangkat kepala Aira letak di atas pehanya. Aira terkejut dengan itu.

"Hati.. Tolong jangan sakit.. Kali ini aku nak lupakan lelaki tak guna itu dan berilah aku peluang untuk terima dia" -bisik Aira

Aira cuba tidur dengan nyaman di pangkuan Aiman. Sejuk hati Aiman tengok isterinya tidak beralih ke tempat lain. Dia mula yakin Aira semakin menerima dia.

"Awak.. Malam nih kita tidur bersama ok" -kata Aira

"Tidur.. Bersama? Boleh! "

"Dah lewat nih jom lah tidur.. Esok saya nak pergi beli buah tangan untuk bawa balik pada family awak dan saya" -kata Aira

Mereka berdua mula masuk tidur. Aira yang berasa janggal tidak tidur dekat dengan Aiman. Aiman menarik pinggang Aira rapat padanya dan memeluk Aira dengan erat sekali. Jantung Aira berdegup laju mukanya mula merah.

Setelah pagi Aira yang tersedar dahulu dari Aiman. Dia tak sangka dalam tidurnya. Aira tidur dalam dakapan Aiman. Aira mendongak sedikit kepalanya untuk melihat muka Aiman. Mengusap pipinya perlahan Aira sedar dirinya begitu sia-sia tidak menerima Aiman.

Dia sedar hidupnya ada gembira bersama Aiman. Bagaimana seorang lelaki begitu cintakan dia apa adanya. Sanggup melindungi dia dari bahaya. Sanggup usaha untuk Aira menerima dia dalam hidupnya.

"Morning sayang"-wish pagi Aiman sambil memegang tangan isterinya

"Ah.. Mor-morning to" -jawab Aira yang malu

Bergegas Aira masuk bilik mandi. Tak tahan malu masa mengusap pipi suaminya.Dalam setengah jam mereka sampai di mall. Aira tidak sabar nak tengok barangan di sini.

"Eh.. Sayang"-pegang tangan isterinya Aira

"Jangan pergi jauh-jauh dan jangan lepaskan tangan awak dari saya faham" -kata Aiman yang ingin bergandingan tangan bersama isterinya

"Awak.. Nak tu boleh? "-minta Aira

"Aiskrim mangga? "

"Um.. Boleh lah " -pujuk Aira dengan mukanya

"Yela untuk awak semua boleh"

Jarang Aira nak bermanja muka pada orang lain. Tapi benda yang dia suka pasti mukanya akan mula bermanja. Aiman suka lihat isterinya yang mula cair hati pada Aiman. Mereka memusing seluruh bangunan

"Auch.. "

"Sorry my fault" -minta maaf seorang perempuan

"it's okay.. "-kata Aira sambil mencuci tudungnya yang tertumpah aiskrim

"Kenapa nih sayang? " -tegur Aiman

"Tak de apa cuma tertumpah aiskrim saja"

"Aiman? Is that you?" -tanya perempuan itu

"You.."

"Oh my god! It's been 5 years we don't meet "

"Yea.. Oh btw this my wife" -kenalkan Aiman

"Wife? Wow you marry? Nice to meet you.. My name is Julia ...you? "

"Im Aira "

"Wow nice name i like.. Btw how are you? Are you...

"Ahh.. Dah lewat.. Julia kita jumpa lain kali pula.. Saya ada hal" -kata Aiman dengan tiba-tiba

"Jom sayang" -kata Aiman

Aira yang pelik dengan sikap Aiman tidak sedap hati pasal ini. Perkara yang difikirkan mula tidak henti-henti datang. Dia tertanya-tanya siapa perempuan yang kenal Aiman. Mereka kelihatan akrab bersama.

Aira terus teringat hal yang dilakukan oleh Farid. Dia risau pasal Aiman dengan perempuan tadi. Aira tak dapat hentikan pemikiran dia tentang itu. Hatinya mula tak terasa bagus. Siapa perempuan tadi?.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience