"Ha Aiman.. Kamu nih anak siapa? Duduk mana? Kerja mana? Kamu nih sama macam Farid ke? nak main kan anak pakcik pula ke? " -tanya panjang En Megat
"Ishh abang nih kenapa tanya budak nih macam tuh... Maaf eh nak.. Pakcik cuma tertekan tuh" -minta maaf Pn Milah
"Ehh tak apa cik saya faham perasaan pakcik cam ne.. Saya anak kepada Dato Othman dan Datin Maryam saya duduk di area kajang.. Pakcik mesti kenal dengan bapa saya" -jelas Aiman
"Bapa kamu? Othman? ...Jadi kamu anak man? Maafkan pakcik sebab tak cam kamu.. Bapa kamu sihat ke? "
"Alhamdulillah mereka sihat.. Kalau boleh saya nak bawa pakcik jumpa mereka.. Sambil saya nak melamar anak pakcik" -minta Aiman
"Hahaha itu.. Biar pakcik fikir dulu.. " -jawab En Megat
Aiman mengangguk faham dengan ayah Aira. Dia tidak akan mudah mengalah untuk ambil hati En Megat untuk beri dia melamar Aira. Melihat Aira yang keluar dari biliknya dengan muka masam. Aiman memanggil Aira tapi tidak disahut.
"Um pakcik saya nak minta izin balik rumah saya.. Dah lewat dah nih.. " -kata Aiman
"Baiklah nanti kamu kirim salam dekat papa kamu.. Kata padanya kawan lamanya menunggu dia sudah 5 tahun tidak jumpa.. " -kata En Megat
Aiman bersalam tangan En Megat dia menoleh ke arah belakang untuk lihat Aira sama ada melihat dia pulang. Aiman terus masuk kereta. Aira yang berada di belakang rumahnya melihat Aiman pulang.
"Aiman... Saya takut.... Apa saya perlu buat.. Hiksss.. " -nangis Aira
Keesokan paginya Aira pergi kejut adiknya Qisya. Maklum semalam dia baru nak surprise pada adiknya tapi tidur.
"Dik bangun pagi dah nih.. " -kejut Aira
"umm apaa akak nih kacau lah.. " -marah kecil Qisya
"Jom lah bangun.. Teman akak beli lauk"-gerak lsgi Aira
"Ehhh! Akak?! Bila akak balik! Sya mimpi ke nih! " -terkejut Qisya bila digerak kakaknya
"Hahaha akak balik malam semalam.. Nak kejut adik bangun malam tak sampai hati pula.. Soo akak kejut lah pagi nih.. Dah pergi mandi nuh teman akak beli lauk kat pasar" -suruh Aira
"Adik rindu sangat tau dekat akak.. Dah setahun lebih akak tak balik.. " -peluk Qisya pada Aira
"Yea maaf.. Akak banyak kerja sebab tu tak dapat cuti.. Nih dah ada cuti kan senyum lah.. " -pujuk Aira
"Ehh akak.. 2 bulan lepas dekat sekolah..kawan akak ada tanya pasal akak.. Adik cakap lah yang akak ada kat London" -cerita Qisya
"Kawan siapa? "
"Tak tahu dia lelaki"
Rupanya Farid hantar seseorang untuk siasat Aira di mana. Aira mengambil telefonnya dan membuat panggilan dekat Aiman untuk cerita hal tuh. Langsung Aiman mengangkat panggilan Aira. Aira menceritakan semua yang Qisya beritahu padanya.
Aiman menasihati Aira untuk jangan ke mana-mana tanpa dia. Aira meletak panggilannya. Tanpa berfikir panjang Aira cuba untuk tidak takut padanya dan lupakan lelaki tak guna itu. Aira terus bersiap untuk ke pasar dengan adiknya.
*Di pasar*
"Acik tolong bagi ayam ni sebelah "-cakap Aira pada penjual ayam
"Akak.. Mak suruh akak beli ikan siakap"
Dengan senang menunggu ayam yang dipotong. Aira ditegur seseorang dari belakangnya.
"Aiman? Macam mana awak..tahu saya kat sini" -tanya Aira
"Namanya jodoh tak kan lah tak jumpa kan? "-jawab Aiman
"Ishh (cubit) awak hendap saya eh"
"Aduu sakit lah.. Ish saya tak hendap pun.. Kebetulan saya lalu sini nak lihat lauk saya singgah lah"
Aira tidak percaya pada Aiman. Dia menjeling padanya lalu mengambil ayam dan bayar pada penjual itu.
"Hey tunggu lah yang awak nak lari dari saya nih kenapa? Malu ke sebab jumpa saya? Ke rindu? " -usik Aiman
"Awak kenal tak kaki? Ke awak nak saya sepak awak? " -kata Aira dengan muka bengisnya
"Hahahaha jangan lah marah.. Saya nak awak tak nak kaki"
"Eiii dia nih kan nak kena nih.. " -bisik Aira dalam hati
"Ehem...tak nak kenalkan saya ke akak wehhhhh" -bunyi Qisya yang lihat mereka berdua bersawit
"Ehh hehe maaf.. Akak lupa.. Ini kawan akak abang Aiman.. Aiman ini adik bongsu saya Qisya "
"Haii si cantik.. Akak kamu nih memang susah nak tawar hati kat abang eh? Macam mana nak bagi dia buka hati dekat abang nih?" -tanya Aiman dengan mengusik Aira
"Haah akak memang susah.. Dia kena ambil hati dengan belanja coklat "-bisik Qisya
"Heyy.. Ape bisik-bisik? Sya jahat eh nak sokong abang Aiman pula.. Akak tak nak ahh cakap dengan Qisya.. " -merajuk Aira
"Tak nak sudah wek.. Lagi pun abang Aiman baik hati.. " -jawab Qisya
Mereka bertiga berjalan ke kereta masing-masing. Aiman menghantar Aira pulang dengan mengikut Aira dari belakang hingga sampai ke rumah. Aira melihat Aiman lalu melambai ke dia.
Aiman tersenyum melihat Aira melambai padanya.
*Seminggu kemudian*
"Assalamualaikum " -beri salam Datin Maryam
"Waalaikummusalam.. Ehh Datin buat apa kat sini" -jawab salam Aira
"Aira ibu mana? Dan ingat jangan panggil datin panggil ibu.. Ibu datang dengan papa untuk berbincang dengan ibu bapa kamu pasal perkahwinan kamu berdua" -jelas Datin Maryam
"Kahwin? Eii apa lagi yang dia nak buat nih.. Sakit hati pula rasa " -bisik Aira dalam hati
"Haa Aira? Sape datang? Jemputlah masuk Datin?" -tegur mak Aira
"Datin Maryam...saya datang dengan suami saya Dato Othman.. Untuk meminang anak Pn dengan anak saya" -jawab Datin Maryam
"Ha duduk lah dulu.. Aira tolong panggil ayah dsn buat air oke.."-suruh mak Aira
Mereka berbual di ruangan tamu sementara menunggu En Megat datang. Dato Othman terbangun tengok kawan baiknya yang lama tak jumpa. Mereka berpelukan bersama.
Selesai meluah perasaan rindu. Dato Othman meminta hajatnya untuk meminang Aira kahwin dengan Aiman. En Megat tidak yakin dengan keputusan ini. Dia tidak mahu anaknya bersedih lagi
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Baiklah terima kasih kami balik dulu eh" -kata Dato Othman
"Bye ibu... Paaa" -lambai Aira pada mereka
"Ayah...apa ayah bincang dengan mereka.. Ayah tak terima kan Aira kahwin dengan Aiman "-tanya Aira
"Maafkan ayah Aira.. Kamu akan kahwin dengan Aiman...ini yang terbaik buat kamu.. "
"Whatttt!? Nooo.. Ayahh Aira tak boleh " -jelas Aira dengan menangis
Aira tidak mahu kahwin dengan Aiman kerana dia tidak mahu buat Aiman terluka perasaan dengan dia. Kalau boleh dia mahu lari tapi kemana lagi tempat yang dia nak pergi. aira berharap dia dapat putar waktu ke waktu yang dulu.
BERSAMBUNG
Share this novel