*Di pejabat Aiman*
"Missed call dari Aira? "
Aiman cuba buat panggilan pada Aira tapi phoneya mati. Rasa risau yang membuat Aiman tak henti bergerak ke mall cari Aira.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Ya allah abang!" -terkejut Aira
"Kamu rupanya... Lama tak nampak muka adik abang.. Mak ada call abang cakap kamu dah kahwin...dah jadi isteri orang eh sekarang.. " -kata abangnya yang sulung
"Ehh kejap!.. Abang balik bila? Kenapa tak cakap dekat Aira yang abang nak balik? "
"Hahaha abang baru sampai semalam jea.. Tak ingat nak call adik.. Ha suami adik mana? " -tanya abangnya
"Dia kerja.. "
"Asal nampak cam takde mood je? Adik tak happy ke kahwin dengan dia? "
"Entah lah abang.. Adik bukannya tak happy kahwin dengan dia.. Adik cuma tak nak dia seksa diri dia untuk menyayangi adik"
"Abang rasa dia lagi bagus dari Farid.. Kamu sepatutnya lupakan Farid open your new book.. Forget everything.. Tak kan adik tak boleh move on? "
"Adik cuba abang.. Tapi semakin adik lupakan semakin kuat adik ingat kembali.. Adik cuma nak lari dari masalah nih"
"Stop lah lari dari masalah.. Buang semua masalah adik jauh-jauh.. Cuba luangkan masa adik dengan suami adik.. Insyaallah adik tak kan ingat lagi pada Farid "
Sementara mereka berbual. Akhirnya Aiman sampai di mall. Dia berlari mencari Aira. Matanya tidak berhenti melihat sekelilingnya. Setelah mencari akhirnya dia jumpa Aira dengan abangnya.
"Aira! " -panggil Aiman
"Aiman? Apa awak buat dekat sini?" -tanya Aira
"Oh nih ke suami adik? Kenalkan aku abang sulung Aira Hisham.. "
"Selamat berkenalan aku Aiman "
"Maaf lah abang curi isteri Aiman sekejap.. Kebetulan abang mari sini bertembung dengan adik abang.. Berbual sekejap dengan dia" -jelas Hisham
"Tak pe saya pun baru habis kerja juga..kalau macam tuh jom lah singgah rumah kami dulu.. Sebab Aira mesti nak luangkan masa dia dengan abang lagi" -ajak Aiman
"Haha tak payah.. Abang nak balik umah abang tolong mak masak... Kamu berdua baru kahwin kena luangkan banyak masa tanpa gangguan kan?" -kata abang Aira
"Ishh abang nih.. Dah lah pergi sana balik.. Nanti kirim salam dari kami dekat mak n ayah " -kata Aira
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
*Di rumah *
"Sayang.. Call tadi kenapa? " -tanya Aiman
"Um saya call nak tanya awak nak makan kek apa.. Tu je.. Tapi awak tak angkat.. Saya beli lah kek coklat cair nih"
"Habis saya call balik nape tak angkat? "
"Low battery"
"Sayang lain kali jangan buat saya risau boleh? "
"Yea sorry lah.. Dah pergi mandi nanti turun makan kek nih dengan saya oke" -suruh Aira
"Oke my love"
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
TING TONG!
"Puan nama Aira ke? " -tanya posmen
"Yea saya.. "
"Ada barang untuk puan.. Dan tolong tanda tangan di sini" -kata posmen itu
"Barang? Saya rasa saya takde order barang nih" -kata Aira
Aira pelik barang apa yang dia dapat. Dia tidak ada pun order barang. Dia membuka balutan kotak yang besar itu terus dilihatnya sangat mengejutkan dia hingga Aira jatuh ke belakang. Aiman yang sedar dengan jeritan Aira lari turun bawah.
"Ya allah Aira.. Kenapa nih?! "
"D-darah.. D-dalam kotak" -kata Aira dengan gugup
"Darah?! "
Aiman bangun untuk lihat isi dalam kotak itu. Dia melihat sepucuk surat dengan sekuntum bunga ros dipenuhi dengan darah. Aiman membuka sampul surat itu dan membaca isinya.
# "Aira.. Tolong kembali pada saya.. Saya tak boleh hidup tanpa awak Aira.. Saya mahukan awak kembali.. Saya janji saya tak kan buat perangai lagi Aira.. Saya cintakan awak Aira.. Tinggalkan lah lelaki itu.. Please saya tak akan mengalah untuk rampas awak" #
Aira lari naik ke atas setelah tahu isi dalam surat itu. Dia ingin berehat di dalam biliknya. Sambil berbaring di katil. Aira teringat akan kata-kata abangnya Hisham untuk terima Aiman dalam hidupnya.
"Baiklah.. Saya akan cuba untuk terima awak Aiman"
Keesokan paginya. Aiman yang nyenyak tidur di dalam bilik dikejutkan oleh Aira. Aira mengejut Aiman untuk turun bawah makan sarapan. Aiman menarik badan Aira lalu memeluknya.
"A-aiman? Apa awak buat lepas lah" -kata Aira
"5 minit please.. Bagi saya peluk awak 5 minit..tak kan suami tak boleh nak peluk isteri dia" -kata Aiman
"Tahu.. T-tapi..
"shush dah 5 minit je oke"
Jantung Aira berdegup laju. Dia tidak selesa Aiman memeluknya. Dalam dia dipeluk oleh Aiman. Dia meletak tapak tangannya pada jantung Aiman.
"I hope i can love you like you love me now" -bisik Aira dalam hati
Setelah 5 minit tadi. Aiman turun ke bawah untuk sarapan. Kerana sebentar lagi mereka akan bertolak ke tempat destinasi mereka ke Maldives yang dipilih oleh Aira. Aira mengemas beg pakaian dia. Aiman sibuk memasukkan barang yang hendak di bawa.Mereka mula bertolak ke lapangan terbang.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Dah bangun? "-tegur Aiman
"Kita kat mana nih? Saya tidur ke tadi? " -tanya Aira
"Sayang tidur dekat 2 jam...lagi sejam lebih kita sampai"
Setelah 3 jam lebih dalam penerbangan akhirnya sampai ke destinasi mereka. Aiman menyewa kereta di sana. Mereka berdua bergerak ke tempat penginapan mereka.
Setelah sampai di resort yang berdiri atas pantai. Aira terus keluar dan berjalan atas jambatan ke satu rumah yang berada di atas air. Aira begitu teruja melihat pemandangan di sekelilingnya.
Aira berlari memeluk Aiman yang sudi membawa dia ke tempat yang dia ingin pergi. Akhirnya dia mendapat peluang untuk bercuti bersama Aiman di sini.
*Pukul 9.00 p.m"
"Sayang? Buat apa dekat luar nih..nanti demam kan sejuk nih"-tegur Aiman
"Saja nak ambil udara luar malam nih.. Sambil tengok bintang"
"Esok ikut saya pergi jalan-jalan oke? "
"Okeee"
Aiman duduk di belakang Aira lalu memeluknya. Aira terkejut dengannya. Dia cuba untuk menahan dari kesakitan dia. Dan cuba untuk bahagia bersama orang yang usaha mencintai dia apa adanya.
BERSAMBUNG
Share this novel