"Assalamualaikum ibu? Papa? " -beri salam Aiman
"Awak.. Saya.. Tak selesa lah nak kenal dengan parent awak..baru je kenal dah ajak saya jumpa family awak gila ke ape?"-bisik Aira dengan menarik kecil baju Aiman
"Masuk je.. Percaya lah awak akan selesa nanti oke? "
"Waalaikummusalam.. Ehh Aiman? Ya allah bila sampai sini? Lama dah ibu tak tengok muka kamu" -jawab salam Datin Maryam
"Ehh anak dara siapa cantik nih Aiman? " -tanya Datin Maryam
"Haa ibu nak tahu inilah bakal menantu ibu" -usik Aiman
"Ye ke? Ya Allah dah lama ibu tunggu nak ada menantu.. ayu cantik macam nih siapa nama? "
"Nama saya Aira Datin " -jawab Aira dengan salam tangan ibu Aiman
"Ishh apa panggil Datin nih tak mau lah panggil je ibu.. Tak yah malu-malu "
"Mati aku.. Tiba-tiba suruh panggil ibu terus nih" -bisik Aira sambil jeling ke arah Aiman
"Mari lah duduk ibu nak bual panjang dengan menantu ibu nih.. Tak sabarnya rasa ada kawan nanti nih ibu" -gembira Datin Maryam
"Aihh ibu macam dia pula nak kahwin dengan Aira " -merajuk Aiman
"Ha ibu papa mana? " -tanya Aiman
"Ada kat belakang umah tengah siram pokok" -jawab Datin Maryam
Aira yang malu akan Datin Maryam. Tidak tahu mahu mulakan perbualan mereka dari mana. Dia hanya nak pulang ke rumahnya tapi diheret ke rumah family Aiman.
"Kamu tinggal di mana Aira? Cuba cerita pasal family kamu" -tanya Datin Maryam
Aira menceritakan latar belakang dia dengan familynya ada ibu Aiman. Tengah khusyuk mereka berbual selama 3 jam dengan ketawa tidak berhenti. Dato Othman pun join mereka sekali.
Mereka berempat tidak henti berbual bersama Aira yang dikatakan menantu mereka. Aiman melihat jam di tangannya sudah pukul 7. Aiman menyuruh Aira solat dahulu sebelum pulang.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Ha Aira nanti datang lah lagi rumah kami.. Sebab tak nak bagi sorang nih sunyi je tak de kawan" -ejek Dato Othman pada isterinya
"Ish sibuk je abang eh.. Dah Aiman kamu hantar Aira elok-elok faham?! " -arah ibu Aiman
"Yea ibu ayah Aiman gerak dulu ehh" -cakap Aiman
"Terima kasih Datin.. Ehh ibu papa" -malu Aira
Aira masuk ke dalam kereta mereka bertolak untuk ke Johor rumah ibu ayah Aira. Dia tidak sabar nak jumpa mereka dan yang lain sekali. Sebelum sampai ke destinasi mereka.
"Ha cam ne? Dah selesa dengan ibu and papa saya? " -tanya Aiman
"Erm dah.. Ibu awak memang tunggu nak awak bawa balik menantu ke? " -tanya Aira
"Yea...ibu saya cakap cari lah menantu awal-awal dia tak nak saya hidup membujang sampai saya mati..lagi pun ibu.. Dah lama nak ada anak perempuan sebab tuh dia suka tengok awak tadi" -jelas panjang Aiman
Aira tidak berkata-kata dengan Aiman. Dia tidak mahu bersama Aiman lagi. Dia takut yang Aiman tak akan bahagia dengannya. Dia berusaha menghalang Aiman untuk suka padanya.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Tak guna!! Mana perginyaaa dia nih aku suruh intip Aira..tapi hilang selama seminggu lebih! " -marah Farid yang tidak dikabari oleh pembantunya
"Kerja kecil macam ni pun nak suruh aku buat.. Aku harus ke rumah Aira "
Farid yang bengis marah pada pembantu dia yang tidak ada khabar langsung. Dia cuba ke rumah Aira untuk lihat Aira. Padahal Aira sudah pulang ke kelantan. Setelah dapat tahu Aira pulang ke sana bersama Aiman
Perasaan marahnya membuak Farid bersiap untuk beli tiket pulang ke sana dan mencari Aira di rumahnya. Dia tidak semudah itu akan lepaskan Aira. Rancangan apa lagi yang akan dibuat olehnya.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Assalamualaikum mak? Ayah? " -beri salam Aira
"Waalaikummusalam... Ehh Aira?! Ya allah nak bila kamu balik? Mak rindu kamu sayang" -jawab salam mak Aira dengan lantas memeluk anaknya
"Baru je sampai mak.. Aira pun rindu mak dengan adik-adik.. Ayah sihat? " -tanya Aira
"Semua sihat saja Aira... Ehh? Siapa lelaki hensem nih?" -tanya Pn Milah
"Assalamualaikum makcik kenalkan saya Aiman.. Lebih tepat lagi bakal menantu makcik" -jawab Aiman
"Ba-bakal menantu? Kamu? "-tanya Pn Milah
"Ehhh hehehe.. Dia gurau je mak nih kawan Aira kebetulan kami nak balik Kelantan jadi Aira tumpang lah dia..kan Aiman? " -kenyit mata Aira pada Aiman
"Hahaha.. Tak.. Saya bakal menantu makcik.. Saya datang nak minta izin makcik dengan pakcik untuk melamar Aira jadi isteri saya yang sah" -jelas lagi Aiman
"Ishh awak nih kenapa?! Awak baru jumpa dengan mak saya kan? Jangan lah buat saya tambah sakit hati boleh tak? " -marah Aira
"Ishhh Aira apa marah Aiman pula.. Dah jom masuk Aiman.. Makcik panggil ayah dan buat air untuk kamu ehh nak" -ajak Pn Milah
Aira menjeling pada Aiman lalu melangkah masuk ke rumahnya. Aira cepat-cepat cari adik bongsunya Qisya. Aiman berjumpa dengan ayah Aira dan mereka duduk di ruang tamu untuk berbual.
Aira tidak mahu duduk bersama mereka dia terus masuk ke biliknya untuk mandi dan ganti bajunya. Sementara mereka berbual Aira mendapat mesej dari seseorang.
"Sampai hati tinggal saya di sini seorang diri Aira...awak balik dengan lelaki tak guna itu ke?! Saya akan jumpa awak Aira."
Aira melempar phonenya di katil. Dia tidak tahu dari mana Farid dapat nombornya. Ketakutan Aira mula kembali. Dia mahu lari tapi tidak boleh. Apa yang akan berlaku padanya.
BERSAMBUNG
Share this novel