BAB 6

Other Completed 7909

“Aduh.. sakitnya kepala..” Fatin menahan sakit di kepalanya.

“Ya Allah, kuatkanlah aku. Masih banyak perkara yang belum aku selesaikan lagi. Aku masih mahu melihat dunia ini.” sambung Fatin lagi.

Fatin sudah mulai letih dan mahu sahaja berehat dan tidur sebentar dengan lenanya tanpa sebarang kecelaruan yang bermain di kepala.

“Dah lah, lupakanlah semuanya. InsyaAllah tak ada apa-apa berlaku.” Bisik hatinya lagi.

Sempat Fatin berdoa sebelum bas mulai bergerak. Sememangnya itu tabiatnya.Setiap kali mahu memulakan perjalanan pasti Fatin membaca doa agar perjalanannya lancar.

“Ya Allah, semoga aku sampai ke destinasi yang di tuju dengan selamat. Amin” doanya di dalam hati.

Dalam sedar hatinya mulai sebak dan wajah ibu dan ayah Fatin mulai terbayang di benaknya.

“Ya Allah, selamatkanlah aku dan juga ahli keluargaku yang lain. Aku masih mahu bersama-sama mereka.”hatinya berdoa lagi.

Sepanjang perjalanan hatinya mulai tidak tenang. Entah kenapa tiba-tiba peristiwa gelas pecah dan peristiwa di dalam teksi tadi mengganggu fikirannya.

“Ya Allah, peningnya. Kenapa tak boleh berhenti fikir ni.”tanyanya sendiri.

Fatin cuba melihat ke arah cermin hadapan bas kerana jarak tempat duduknya dengan pemandu bas cuma dua baris kerusi sahaja. Namun tiada apa yang menarik yang boleh mengalih perhatian Fatin supaya tidak terus memikirkan peristiwa yang mengganggu fikirannya. Fatin menoleh ke kanan ke sebelah tempat dudukku. Fatin lihat wanita tersebut sedang lena di ulit mimpi memandangkan Fatin melihat kepalanya terlentok di bahu kerusi. Perasaan cemburu mulai beraja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience