BAB 5

Other Completed 7909

Fatin pun mengangkat begnya seraya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kosong tersebut. Fatin duduk merenung tepat ke arah bas yang sedang berhenti di platform bas yang betul-betul menghadapnya. Fatin cuba memerhatikan kawasan sekeliling, namun tiada apa yang menarik perhatiannya. Seketika perasaan bosan mulai mencengkam jiwanya. Jauh di dalam benaknya Fatin ingin mencari sesuatu yang mampu menarik minatnya sekali gus membunuh perasaan yang tidak enak itu. Memandangkan tiada apa yang Fatin lakukan pada ketika itu Fatin pun berfikir untuk mendapatkan senaskhah surat khabar. Jam di tangannya di kerling.

“Masih ada setengah jam lagi . Rasanya sempat kalau aku beli surat khabar dan singgah ke tandas dulu sebelum bas bergerak.” bisik hatinya sambil bercongak-congak kepada dirinya sendiri.

Fatin pun bingkas bangun dari tempat duduknya dan bergegas menuju ke tandas yang berada di tingkat bawah terminal bas utama tersebut.Selesai ke tandas, Fatin singgah ke kedai untuk membeli senaskhah surat khabar seperti yang dia fikirkan sebelum ke tandas tadi.

“Dah pukul sebelas suku” bisiknya. Fatin pun menutup helaian surat khabar lalu membawa langkah kakinya menuju ke Platform 33 di mana terletaknya bas yang bakal dia naiki nanti. Sebaik sahaja Fatin yakin dengan tempat tersebut dia pun menunggu seketika sehingga pemandu bas membuka pintu.

“Alhamdulillah, aku bersyukur dapat duduk di sebelah seorang wanita dan bukannya lelaki. Kalau tak mesti rasa tak selesa nanti.”bisik hatinya.

Fatin membetulkan kedudukan posisinya sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi bas yang beralaskan kusyen lembut tersebut. Apabila Fatin sudah selesa dengan kedudukan posisinya, Fatin pun menyandarkan badan ke belakang tempat duduknya.

“Ah, leganya dapat rehat. Aku nak tidur puas-puas.” Bisik hatinya sambil tersenyum sendiri.

Fatin cuba melupakan kisah gelas pecah dan peristiwa yang berlaku sewaktu dia berada di dalam teksi tadi. Apa yang Fatin mahu hanyalah berehat. Dia penat. Fikirannya sudah mulai sesak apabila memikirkan kembali semua perkara yang pernah berlaku dalam hidupnya. Malah masih ada lagi urusan yang tidak pernah selesai sampai ke hari ini. Ya, perhitungan yang masih belum terlaksana itu membuatkan fikirannya seringkali terganggu dan sesak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience