BAB 9

Other Completed 7909

“Fatin, aku tengok kau termenung sahaja dari tadi.Kau ingatkan apa tu? ” tanya Syafiqah rakan sebiliknya sambil menepuk bahunya perlahan.

Fatin terkejut apabila bahunya di sentuh.

“Oh, Fiqa.. Tak ada apa-apa. Cuma memikirkan tentang kekuasaan Tuhan” balas Fatin sambil tersenyum. Serta merta lamunannya terhenti sebaik sahaja sahabatnya itu menyapanya secara tiba-tiba.

Jauh di sudut hati Fatin tidak berhenti-henti memuji kebesaran Ilahi. Dia bersyukur. Ya, kerana dia masih berpeluang meneruskan hidup ini.Dia rasa seperti hidup kembali apabila terselamat daripada kecelakaan yang hampir meragut nyawanya.

Fatin menyiapkan kisahnya yang di tulis semula dalam bentuk cerita. Bukan untuk di bangga-banggakkan, namun untuk di jadikan pedoman.

“Ya Allah, aku bersyukur. Kau masih menyayangiku. Benarlah kata orang bahawa kadangkala kata hati itu tidak pernah menipu kerana melalui hati itulah Sang Pencipta memberikan petunjuknya. Mungkin kita tidak sedar kerana setiap perkara yang terjadi bukan di luar bidang dan kekuasaan manusia. Namun aku bersyukur kerana aku masih di sini berada di hadapan papan kekunci ini, mencoretkan sebuah cerita yang ingin ku kongsikan untuk iktibar bersama.” Fatin menghela nafasnya yang panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience