BAB 7

Other Completed 7909

Ah! Kenapa tak boleh berhenti fikir ni? Kenapa?” dengusku di dalam hati.

Fatin mulai putus asa dan hanya mampu menyandarkan kepalaku di bahu kerusi sambil melayan perasaan tidak senang yang tidak pernah berhenti menjajah fikiranku. Fatin cuba melelapkan matanya yang sememangnya sangat mengantuk namun aku tewas kerana fikirannya tidak mahu berhenti berfikir. Lantas Fatin hanya merenung ke jalan raya dengan pandangan kosong. Fatin membiarkan dirinya bersandar di kerusi sambil cuba memejamkan mata. Sempat Fatin mendengar perbualan antara pemandu bas dengan seorang penumpang yang duduk berdekatan dengan pemandu tersebut. Sengaja Fatin memasang telinga untuk meneliti perbualan mereka supaya Fatin dapat melupakan peristiwa yang mengganggu fikirannya. Dari pendengarannya mereka sedang berbual rancak mengenai kisah kemalangan yang membabitkan seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta yang berlaku pagi tadi.

Kisah yang di ceritakan agak ngeri di pendengaran Fatin kerana Fatin sememangnya agak takut mendengar kisah kemalangan di sebabkan Fatin pernah menjadi penyebab utama kepada kemalangan salah seorang adik kesayangannya suatu ketika dahulu. Sampai sekarang Fatin masih ada lagi sedikit perasaan trauma tersebut. Hatinya mulai gelisah. Kini fikirannya bertambah rungsing kerana perjalannya masih jauh untuk sampai ke destinasi yang di tuju.

Fikiran jahat mulai menghasut Fatin. Terlintas pelbagai igauan buruk di kepala Fatin. Namun cepat-cepat Fatin menafikannya dan memujuk hatinya sendiri bahawa tidak ada apa-apa yang buruk bakal terjadi. Fatin pun cuba sekali lagi untuk melelapkan mata kerana badan dan fikirannya teramat letih. Setelah beberapa lama mencuba, akhirnya matanya terpejam. Fatin terlelap seketika. Namun dia masih mampu mendengar perbualan antara pemandu bas dan penumpang tersebut kerana Fatin tidak berjaya membawa dirinya untuk terus lena dengan fikiran yang masih bercelaru. Fatin berdoa supaya perjalanannya lancar hingga sampai ke destinasi. Dia berdoa dan terus berharap di dalam hatinya hingga dia benar-benar terlena.

Malangnya lena Fatin tidak lama apabila kemudiannya dia tersedar. Namun Fatin tetap cuba memejamkan mata. Sedang Fatin cuba melelapkan matanya yang sudah semakin layu, tiba-tiba Fatin rasakan ada sesuatu kelibat melintas laju di sisinya dengan teramat pantas sekali. Fatin membuka matanya. Namun begitu sebelum sempat Fatin mencelikkan keseluruhan matanya, tiba-tiba Fatin tersentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience