BAB 2

Other Completed 7909

“Fasiha… Kak Atin nak balik rumah hari ni.. Tapi rasa macam tak sedap hati lah.. mak ayah ok tak?? adik beradik yang lain semuanya sihat??”

Sebaik sahaja Fatin selesai menaip dia terus menekan butang “Post” yang terdapat di ruangan Fac tersebut. Fatin memeriksa akaun emelnya sementara menunggu balasan daripada adiknya Fariha. Setelah hampir beberapa minit menunggu, kiriman Fatin di balas oleh adiknya. Namun bukan Fariha yang membalasnya tetapi adiknya Fasihah yang kini sedang belajar di Terengganu. Mereka berbalas-balas komen di dada Fac tersebut.

“Akak balik la..saya pun baru sampai sini malam tadi.. Rindu akak lah.. Mak dan ayah sihat.. Alhamdulillah.. Jomla.. Saya balik sekejap je ni”

“Nak balik lah ni..pukul 11 pagi rasanya baru akak bertolak… hmmm.. Akak rasa tak sedap hatilah sebab lepas sahur pagi tadi akak dah terpecahkan gelas.. ”

“It’s ok.. Tak ada apa-apalah kak.. Nanti akak dah gerak akak bagitahu tau.. ^_^ ”

“Huhu… Ok.. mak mana???”

“Mak ada, tengah siap-siap nak solat berjemaah.. Jom balik! “

“Ok. Kirim salam pada mak ya.. Cakap pada mak akak balik hari ni… Beritahu ayah sekali.”

“InsyaAllah, Beres!”

Sebaik sahaja menamatkan perbualan, Fatin terus menutup komputer ribanya dan menyambung tugasnya membersihkan bilik sehingga selesai. Sudah memang tabiat Fatin akan meninggalkan bilik dalam keadaan kemas sebelum pulang ke kampung melainkan dalam keadaan kecemasan, baru Fatin akan biarkan biliknya tanpa mengemasnya terlebih dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience