BAB 1

Other Completed 7909

SMASHHHH!

Bunyi kaca terhempas memecahkan suasana.

“Allahuakbar! Aduh macam manalah aku boleh terlepas gelas kat tangan ni… Aku ni dah kenapa subuh hari ni macam dah tak betul ”Ngomelnya menyalahkan diri atas kecuaian sendiri.

Sungguh Fatin terkejut kerana tanpa disedari dia telah memecahkan gelas yang baru sahaja dibasuh sebaik sahaja selesai bersahur tadi.. Lantas Fatin mengutip satu persatu serpihan kaca yang jatuh berderai itu di lantai bilik air tersebut.. Selesai sahaja membersihkan serpihan kaca tersebut Fatin membuangnya ke dalam tong sampah.

“Dah masuk waktu subuh ni, baik aku solat dulu. Kejap lagi nak kemas barang nak balik rumah.”Fatin bermonolog sendirian sambil tersenyum memikirkan kampung halamannya.

Namun pada masa yang sama hatinya rasa tidak tenang memikirkan peristiwa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Sememangnya Fatin memang mudah terkejut dengan bunyi kuat yang muncul secara tiba-tiba. Malah naluri hatinya juga agak tepat kerana acapkali apabila sesuatu perkara buruk akan berlaku, hatinya akan rasa berdebar-debar dan nafasnya seakan tersekat-sekat selama beberapa saat. Namun Fatin lawan juga perasaan hati yang sedang di alami pada waktu ini, berharap agar tiada apa-apa perkara buruk bakal terjadi.

“Risaunya aku. Rasa tak tenang pun ada. Ya Allah, harap-harap semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik belaka. Selamatkanlah ibu dan ayahku serta ahli keluargaku yang lain daripada kecelakaan. Amin..”doanya di dalam hati.

Fatin pun segera menyempurnakan solat Subuhnya lalu di sambung dengan membaca beberapa potongan ayat Al-Quran untuk meredakan lagi rasa tidak tenang yang mulai beraja di dalam hatinya. Selesai membaca, Fatin bangun untuk membersihkan biliknaya dan mengemas barang-barang yang ingin di bawa pulang ke kampung halaman. Sempat juga Fatin meluangkan masa seketika untuk melayari laman sosial Fac untuk mengurangkan rasa tidak tenang dalam diri. Selang beberapa minit berada di dalam talian, Fatin singgah ke akaun Fac adiknya. Fatin menaipkan sesuatu untuk dikirimkan di ruangan profil adiknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience