BAB 3

Other Completed 7909

“Ok! siap pun kemas.. Sekarang masa untuk aku berangkat pulang.”ucap Fatin dengan nada separuh riang. Fatin kemudiannya memeriksa semula bilik sebelum meninggalkannya. Apabila Fatin sudah yakin kemas dan segala barang keperluannya sudah di masukkan ke dalam beg pakaian, Fatin pun menutup pintu biliknya seraya berlalu pergi meninggalkan bangunan kolej kediamannya itu.

Fatin berjalan sehingga sampai ke Student Park, tempat di mana para pelajar mendapatkan teksi untuk keluar ke bandar dan tempat-tempat berdekatan.

“Adik nak ke mana?” tanya seorang pakcik teksi.

“Nak ke Pekan pakcik ” balasnya.

“Ok, jom naik!” kata pakcik tu lagi.

Fatin pun segera mengangkat begnya lalu menaiki teksi tersebut. Sepanjang perjalanan tersebut Fatin hanya selesa mendiamkan diri memandangkan hatinya masih belum tenang memikirkan peristiwa yang berlaku selepas bersahur tadi. Hanya sekali sekala sahaja dia berbalas perbualan dengan pakcik teksi yang bertanyakan tentang destinasi yang bakal Fatin tujui, iaitu kampung halamannya. Sedang Fatin leka melihat panorama di sekitarku, tiba-tiba sebuah kereta muncul di sebuah simpang.

“Ya Allah…“ hatinya berucap dalam keadaan separuh terkejut.

Pada masa yang sama pakcik teksi sudah mulai marah dengan tindakan pemandu kereta tersebut kerana tidak memandu dengan berhemah.

“Bodoh betullah orang ni!” marah pakcik teksi itu.

Mungkin pakcik teksi itu agak bimbang kerana wajah Fatin mulai menunjukkan riak muka yang agak terkejut dengan situasi tersebut dan sebab itulah dia agak marah dengan tindakan pemandu tersebut. Dalam hatinya Fatin hanya mampu mengucap syukur kepada Allah kerana tidak berlakunya perkara yang tidak di ingini. Namun Fatin mulai gusar dan bertambah bimbang dengan apa yang bakal terjadi selepas ini lebih-lebih lagi bila mengenangkan peristiwa gelas pecah dan naluri hatinya yang tak pernah selalu salah dalam memberi petunjuk jika sesuatu perkara buruk akan terjadi seperti apa yang telah berlaku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience