BAB 10

Other Completed 7909

“Ya, aku bersyukur di beri peluang kedua. Peluang untuk melihat kembali dunia ini. Mungkin inilah pedoman dan pengajaran untuk diriku sendiri yang seringkali lupa dengan tanggungjawabku terhadapNya. Aku bersukur kerana Dia masih lagi menyayangiku, memberi peluang kepadaku untuk memperbaiki segala perlakuanku. Aku akur dan tidak akan kupersiakan peluang yang di berikan ini. Aku berharap agar Ramadan ini bukanlah yang terakhir untukku. Aku masih ingin bertemu Ramadan tahun hadapan kerana masih terlalu banyak tanggungjawab yang masih belum sempurna dan perlu aku laksanakan sebagai seorang hambaNya yang menetap di bumi fana ini.

Waktu tidak pernah salah tapi aku yang masih belum bersedia lagi untuk kembali kepadaNya. Namun peristiwa yang berlaku pada Ramadan kali ini amat mencengkam hingga ke pelusuk sanubariku dan tidak mungkin akan kulupakan.” Fatin pun mengakhiri kisahnya sambil tersenyum tanda syukur.

****

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, mengikut ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”(Ali-‘Imran:145)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience