BAB 4

Other Completed 7909

Fatin pun terus mendiamkan diri sehingga Fatin sampai ke perhentian bas Pekan. Sebaik sahaja sampai di perhentian bas tersebut Fatin terus duduk di tempat duduk yang di sediakan. Selang beberapa minit kemudian Fatin pun menaiki bas untuk menuju ke terminal bas utama iaitu Terminal Bas Bandar Baru. Perjalanan menaiki bas itu mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja.

Sebaik sahaja sampai ke hentian bas utama, Fatin terus menuju ke arah kaunter bas ekspres. Fatin melangkahkan kakinya tepat ke arah kaunter bas Setia Jaya yang sememangnya biasa Fatin gunakan perkhidmatan basnya untuk Fatin pulang ke kampung. Sampai sahaja di kaunter, Fatin di sapa oleh seorang pekerja lelaki syarikat bas tersebut.

“Nak ke mana?”tanya pemuda tersebut.

“Johor.Tiket ke Johor ada lagi tak?” tanya Fatin kepadanya.

“Oh, ada. Pukul sebelas setengah pagi. Nak?” soalnya inginkan kepastian.

“Ok, bolehlah. Satu ya.” jawab Fatin kepadanya.

Seraya itu Fatin menghulurkan sehelai wang kertas bernilai sepuluh ringgit dan dua helai wang kertas bernilai satu ringgit kepada petugas kaunter yang menguruskan urusan jual beli tiket. Sebaik sahaja Fatin mendapatkan tiket dan wang bakinya Fatin pun meninggalkan kaunter tersebut.

Fatin mencari-cari tempat duduk yang sesuai untuk dia duduk sementara menunggu ketibaan bas. Fatin menghampiri tempat duduk berhadapan platform nombor 27 yang masih kosong tidak berpenghuni. Fatin menguntum sebuah senyuman kepada seorang wanita yang Fatin kira umurnya hampir sebaya dengan umurnya. Fatin menegur wanita tersebut untuk memastikan bahawa tempat duduk kosong di sebelahnya memang tiada sesiapa yang mendudukinya. Bukan apa, Fatin bimbang jika sudah ada orang lain yang menempah tempat duduk itu dan hanya meninggalkannya untuk seketika.

“Ada orang tak?” tanya Fatin sambil memberikan senyuman.

“Tak ada.” jawabnya sambil menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience