Completed
10133
Bab 7
"Oh, kau dah nak kahwin dah?" jerit aku spontan kepada dia.
Kami masih lagi berhubung seperti biasa sebenarnya. Tapi tidaklah begitu kerap. Panggilan telefon yang dia buat semalam benar-benar mengejutkan Nizam, Zainudin, dan aku terutamanya. Nak jumpa katanya. Aku katakan setakat jumpa tak belanja makan buat apa kan? Maka, Kenny Rogers Roaster Times Square menjadi destinasi pilihan. Aku setuju.
"Ha'a. Hehehe." ujar dia sambil tersenyum.
Aku juga tersenyum. Rasa lega. Seronok pun ada. Aku masih lagi membaca kad kahwin yang diberikan kepada aku tu. Amati satu persatu ayat didalam kad tersebut agar aku tak tersilap baca. Ya benar, memang namanya yang ada di kad itu. Bukan nama orang lain. Aku kenal benar dengan ejaan namanya itu. Dan, nama seorang lelaki yang aku tidak kenal. Kenalan barunya, mungkin. Ok la, ada seorang lelaki yang rasa mahu dan mampu menjaganya secara serius. Hal ini membuatkan aku lebih tenang. Kad yang diberi pada aku ni pun, boleh tahan cantik. Semestinya mahal. Kini aku yakin yang lelaki itu bukannya lelaki yang biasa-biasa.
"Dengan siapa kau nak kahwin ni? Untung la nak kahwin! Aku ni? Mampus la single je ha."
"Eleh kau. Masa aku nak dekat kau,kau taknak dekat aku. Sekarang? Heh,silap besar la beb!" dia berkata dengan gaya berlagak yang dibuat-buat. Gurauan. Kami ketawa lagi. Jujur, ketawa yang kali ini adalah ketawa yang paling aku rindu nak ulang buat.
Masa berlalu sangat pantas. Sampai masa hendak pulang ke kehidupan masing-masing.
"Jangan tak datang ya! Kau dah janji dengan aku nak datang!"
"Serius, aku datang! Mana boleh tak datang. Ex sendiri nak kahwin maa."
"Friend."
"I'm sorry?"
"Friend. Your friend nak kahwin. Jangan la kata Ex. Macam ganas benar bunyinya" ujar kau sambil tersenyum.
Aku ketawa.
Share this novel