Completed
10133
Bab 10
“Korang tahu benda ni dan korang decide untuk tak bagitau aku?” ujar aku dengan nada suara yang agak keras.
Nizam dan Zainudin saling berpandangan. Ada sedikit kekesalan yang terbit di wajah mereka. Mungkin dalam kepala masing-masing masih ligat memikirkan kenapa mereka memilih jalan itu. Jalan untuk tidak memberitahu aku berita yang sebenarnya amat penting bagi diri aku.
“Entah. Aku tak ingat kenapa aku setuju untuk benda ni. Kau try tanya Zainudin,” ujar Nizam, mempassingkan benda ni pada Zainudin. Zainudin buat gaya muka yang tertulis “Apsal aku pulak?” Semenjak dulu lagi aku memang tahu sangat yang si Nizam ni handal dalam passingkan benda-benda mengambil tanggungjawab ni. Dahulu semasa sekolah, setiap kali kami bertiga kantoi membuat kesalahan disiplin, sudah pasti dia akan passingkan kesalahannya itu pada kami dahulu. Dulunya kami marah. Marah sangat. Sebab kami sangka dia ni memang jenis manusia yang akan angkut semua orang tatkala ditangkap. Tapi rupanya, Nizam ni jenis manusia yang lansung tak pandai bercakap. Walhal dalam kepalanya, sudah ada jawapan yang hendak diberi. Namun bila ditekan dalam waktu waktu kritikal seperti ini, dialog yang ada di dalam otak itu lambat hendak sampai ke mulut. Akibatnya, dia akan berikan dulu tanggungjawab menjawab itu pada mereka yang hampir dengannya. Bila dialog yang bermutu lagi berkualiti tinggi sudah sampai ke mulut, barulah dia akan mengambil semula tanggungjawab itu dari siapa siapa sahaja yang sedang menghadapinya.
“Takdelah. Aku kesiankan kau je. Kau tengoklah diri kau tu. Kau rasa kalau kami bagitau kau lebih awal, kau akan lebih baik ke?” ujar Zainudin.
“Soal diri lebih baik tu, biar aku yang tanggung sendiri. Siapa kau nak menganggak yang aku akan lebih baik atau tidak menghadapi berita ni? Kau Tuhan ke?” ujar aku. Ya, aku memang sedang marah, dan tersinggung. Tapi, aku lebih kepada tersinggung sebenarnya.
“Kau bayangkan macam ni la. Kalau kami decide nak bagitau kau lebih awal daripada yang sedang berlaku sekarang ni. Kau rasa kau boleh bertenang masa dia decide nak bagitau kau secara direct hari tu? Rasanya masa tu, muka dia pun kau taknak tengok buat kali terakhir tatkala dia bukan lagi isteri orang.” Ujar Nizam bersungguh. Seperti yang aku cakap tadi, Nizam memang begini. Lihatlah jawapannya itu.
Aku diam.
Kemudian, aku capai rokok seludup milik Nizam yang ada di atas meja. Ambil sebatang dan letakkan di mulut. Bakar, sedut, dan hembus. Lega.
“Betul juga tu.”
Share this novel