Completed
10133
Bab 3
Sebelum semua ini.
Aku terdengar seseorang sedang membuka kunci rumah. Aku tahu itu kau. Dengar gaya membuka kunci itu pun aku sudah boleh agak itu engkau. Kau memang suka datang ke rumah aku pagi-pagi macam ni sekadar nak kejutkan aku. Dan menyediakan aku sarapan pagi. Rumah kita tidaklah jauh mana. Aku tingkat 4, kau tingkat 7. Aku pernah jugak ajak kau tinggal sekali dengan aku memandangkan aku tinggal seorang. Kau kata tak boleh. Haram. Kita bukan muhrim. Aku akur. Tapi sebenarnya, aku lebih kepada rasa kecewa. Gatal betul aku ni.
Pintu bilik terbuka.
"Sayang, bangun. Dah pukul berapa dah ni? Takkan tengahari baru nak bangun?" ujar kau dari muka pintu.
Aku mendengus sambil menarik selimut. Aku buat-buat macam aku nak tidur lebih lama. Mana tahu, tiba-tiba kau jadi nakal. Kau panjat tubuh aku tatkala aku berselimut. Untung-untung, boleh aku bermanja. Tapi, aku selalunya hampa dengan imaginasi aku sendiri.
Aku bingkas selepas lima belas minit baring sambil menutup mata (dan tentunya dengan penuh rasa hampa). Tak silap semalam kau kata nak masak nasi lemak. Mungkin sekarang ni kau tengah masak nasinya. Aku pun bergerak ke dapur.
"Masak apa?"
"Nasi lemak. Kan dah cakap semalam. Lupa?"
"Hello. Yang pelupa tu you. I ni ingat je semua benda."
"Please. Maksud you ingat tu, sama ke dengan masa you kata you ingat nak pinjamkan i novel Fixi, Zombijaya tapi end up you terlupa dekat celah mana you simpan novel tu? Sama ke?"
"Diam."
Dia ketawa. Aku masam. Tapi perlahan, senyuman terukir. Moment paling indah dalam hidup untuk hari Isnin ni. Aku suka.
Kau menghala ke periuk nasi. Nasi tu sudah masak aku rasa. Spontan kau mengangkat periuk itu yang masih panas.
Ya, aku betul.
"Auch!"
Spontan, kedua-dua ibu jari dan jari telunjuk kau pegangkan pada cuping telinga. Tabiat kau yang selalu aku nampak bila jari kau terkena benda panas. Orang kata kalau jari terkena benda panas, letakkan saja jari tu ke cuping telinga. Kurang sikit panasnya. Sebab cuping telinga sifatnya sejuk. Terus dia meresap haba-haba kalau diletakkan disitu.
"Padan muka." aku tersenyum sambil menunjukkan ibu jari.
"Jangan usik nasi tu walaupun sebutir. Faham!"
"Hahaha,tak kira! Tak kira! Orang nak makan jugak!"
"Ahhhh, memang tak dapat la kan!"
Aku cubit pipi dia. Cubit manja. Dia tergamam.
"Cuba pergi tengok dalam bilik i. Ada sesuatu yang i nak tunjuk. I tunggu sini."
Dia memandang tepat ke mata aku dengan muka penuh tanda tanya. Dia pun melangkah ke bilik dengan langkah yang agak pantas. Aku masih statik memandang dia.
"Benda apa?" jerit dia dari dalam bilik.
"Ada nampak apa-apa tak?"
"Takde apa pun. Bilik dah la bersepah."
"Ha, benda tu la yang i nak tunjuk. Tolong kemaskan bilik i ya." sambil aku mencedok nasi lemak yang masih panas tu.
"Cisssss"
Ketawa aku makin kuat.
Share this novel