Completed
10133
Bab 8
3 bulan berlalu.
Sampai je rumah, aku bergegas ke dapur. Lauk dah beli tadi masa on the way balik dari ofis. Tapi, nasi pulak tiada. Dah habis. Tak mengapa la. Masak nasi dekat rumah sekali sekala apa la salah kan? Perkakas pun disediakan. Sambil masak, aku ke bilik air untuk membersihkan diri.
Tadi Zainudin ada telefon lagi untuk ajak lepak. Aku faham benar yang niat dia tidak lain, hanya risaukan aku. Kalau tidak kerana aku kenal makwe si Zainudin tu siapa, memang dengan pantas aku syak dia seorang lelaki gay. Makwe Zainudin adalah bekerja sebagai seorang model. Dan dengan wajahnya itu, kau tak perlu tanya pun sebenarnya dia kerja apa. Dia memang cantik. Mungkin kerana aku dan Zainudin ni berkawan semenjak dari kecil, makanya dia kenal benar dengan diri aku. Kalau di hari-hari biasa pun sebenarnya memang boleh saja aku keluar lepak dan makan bersama dengan Zainudin. Tapi tidak hari ni. Aku baru beli Astro bersama sebuah TV LED bersaiz 42 Inch. Dan malam ni, aku nak tengok perlawanan Manchester United melawan kelab ayam, Arsenal.
Elok 20 minit berlalu, aku segera melihat ke dalam periuk. Dah masak la kot nasinya. Aku pun memegang kedua-dua hujung periuk tu. Ternyata aku terlupa sesuatu.
"Auch!"
Spontan, ibu jari dan jari telunjuk aku memegang cuping telinga sehingga rasa panas surut. Aku terdiam.
Spontan aku rasa tak lapar.
Spontan aku masuk bilik tidur aku sambil menutup lampu.
Spontan aku ambil MP3 aku dari atas meja, dan aku pasangkan lagu Mungkin dari Anuar Zain.
Spontan aku selubung badan aku dengan selimut dan aku mahu masuk tidur.
Belum move on? Katakanlah apa sahaja.
Bagi aku, aku sudah move on. Move on dalam erti kata maksud aku sendiri. Dan suka hati aku la.
Cuma sekarang aku kena fikir macam mana aku nak hilangkan kesan merah dan bengkak dekat mata aku yang bakal berlarutan sebelum aku pergi ke majlis kahwin dia 3 hari lagi.
Share this novel