Bab 4

Romantic Comedy Completed 10133

Bab 4

Dua tahun berlalu selepas peristiwa itu. Peristiwa di mana, aku katakan yang aku sudah move on. Aku yakin aku sudah move on. Tapi, kawan-kawan aku yakin benar yang aku masih belum.

Belum bila setiap kali aku hendak makan, aku harus pergi ke restoran yang sama kita pernah pergi bila tatkala bersama dahulu.

Belum bila setiap bulan aku akan membeli majalah Remaja, majalah kegemaran kau walaupun aku tak pernah baca walaupun sepatah ayat.

Belum bila setiap kali hendak keluar ke mana-mana, tangan aku automatik mengeluarkan telefon bimbit untuk memberitahu kau tempat yang aku mahu tuju walaupun mesej itu tidak pernah dihantar.

Belum bila setiap kali aku mahu tidur, aku selubung diri aku dengan selimut sambil mendengar MP3 lagu bertajuk Mungkin dari Anuar Zain berulang kali serta air mata aku takkan berhenti mengalir selagi belum subuh.

Dulu aku anggap benda tu normal. Normal bila kau putus cinta. Sebab bila kau dah bercinta sampai nak dekat 4 tahun lebih, benda-benda kecil macam tu akan menjadi habit kau. Bila benda tu dah jadi kebiasaan, sudah pasti ianya akan mengambil tempoh untuk dihilangkan habit-habit macam tu betul tak?

Mana mungkin kau dengan semudah itu, membuang sesuatu yang kau pernah sayang begitu lama dengan semudah itu. Kebiasaan yang dulunya memberikan keselesaan tahap maksimum kepada aku, hari ini menjadi pembunuh tegar, yang menikam dan mengkhianati aku setiap hari. Nyaris saja aku menjadi seorang mayat hidup, yang hari-harinya hanyalah untuk makan, bekerja dan tidur. Tidak berbuat benda-benda lain. Bergembira pun tidak. Berbual dengan manusia lain pun tidak. Menikmati hidup? Itu lagilah tidak.

Rasa ini datang bersama sebuah kegelapan yang tidak pernah jemu menghurung. Sekeliling aku walaupun tatkala itu sedang siang, terang berderang, namun yang aku mampu lihat hanya malap. Pandangan aku terikat hanya pada objek-objek yang betul-betul ada di hadapan aku. Hal ini menjawab tentang bagaimana aku tidak boleh nampak kereta yang sedang menerpa ke arah aku laju dan aku tidak berusaha hendak mengelaknya.

Aku nyaris menemui maut hari itu, namun sejujurnya, aku tidak begitu gembira untuk masih hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience