Bab 2

Romantic Comedy Completed 10133

Bab 2

Dua bulan selepas itu.

Aku sedang menghadap assigment aku yang semakin hari semakin menimbun tapi masih tidak ada mood untuk disiapkan dengan jayanya.

Dalam proses pencarian mood itu, aku buka lagu"Coldplay - Til kingdom Come".

Steal my heart, and hold my tounge.

I feel my time, my time has come.

Let me in, unlock the door.

I’ve never felt this way before.

Ya, ianya merupakan lagu kesukaan kau suatu ketika dahulu. Mesti kau tak boleh lupa bagaimana aku menyanyikan lagu ini dihadapan kau sambil memetik gitar. Mesti kau tak boleh lupa bagaimana aku cuba untuk menghafal lirik lagu ni agar aku boleh nyanyikannya untuk kau.

Bila lagu itu tiba pada bait chorus, aku tersenyum lagi.

For you, I’d wait. Til kingdom come.

Until my day, my day is done.

And say you’ll come, and set me free.

Just say you’ll wait, you’ll wait for me.

Aku pasti, setiap kali kau mendengar lagu ni, kau akan menangis. Pasti kau akan mula merasa sedih. Pasti kau akan mula mengucup gambar aku yang aku percaya masih lagi tersimpan rapi di dalam dompet yang juga atas pemberian aku.

4 tahun. Terlalu banyak kenangan kau bersama aku. Padan muka kau. Kerana perlu menghadapi proses hendak meninggalkan kenangan dari dalam ingatan. Maaf, kerana aku sudah pun move on.

Tanpa sedar, aku membuka fac. Di kotak search, aku taipkan nama kau. Saat profile kau keluar, aku tersentak melihat kau bergambar bersama seorang lelaki lain yang aku pasti aku tidak kenal. Sambil berpeluk. Mesra. Oh, kau sudah ada pengganti.

Dalam hati aku kemudian, aku lega. Aku percaya yang kau juga sudah move on, akhirnya. Kau juga sudah berjaya melupakan segala kenangan manis kita bersama. Kau juga sudah berjaya merawat luka yang ada. Ya, aku sungguh lega sambil tangan aku mengusap gambar kau di screen laptop, perlahan. Seperti mana aku usapkan wajah kau ketika kau tersenyum gembira suatu ketika dahulu

Aku pelik, aku ke atau kau yang sudah move on? Aku tidak tahu.

Yang aku tahu selepas itu, aku menangis.

Menangis rindukan kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience