Bab 14

Romantic Comedy Completed 10133

Bab 14

Aku celik mata. Nafas turun naik. Jantung berdegup laju. Damn. Aku lihat pada jam, jarum menunjukkan ke pukul 3 pagi. Bingkas bangun dan terus duduk di tepi katil. Mimpi paling tak logik. Bunuh diri kerana cinta tak kesampaian? I mean, kamon lah. Menangis mungkin. Mengimbas memori sambil berwajah sayu mungkin. But, bunuh diri? It's ridiculous! Ramai lagi gadis-gadis comel di luar sana. Betul, takkan sama macam si dia. Tapi Alif Satar kan dah kata tapi yang leebih...baaik...bannyak!

Aku bangun menuju ke bilik air. Ni mungkin balasan sementara sebab tidur tanpa menunaikan solat Isyak. Syaitan dah hurung satu kepala. Mula la nak menghasut benda bukan-bukan.

Baik aku jangan lengah-lengahkan lagi. Esok nak kena bangun awal. Majlis kahwin dia start pukul 11 pagi. Dan aku taknak lewat.

**********

Hari ini adalah harinya.

Aku bergerak ke almari dan mengambil satu-satunya sut hitam yang ada di dalamnya. Ianya sedikit berdebu lantas aku tepuk-tepuk sedikit baju tersebut. Agak lama sebenarnya aku ambil keputusan untuk tidak menggunakan sut ini. Aku pun bukan jenis orang yang suka pakai sut. Aku rasa setahun ada la sekali aku pakai. Itupun sebab nak hadir majlis akhir tahun dan event-event penting. Dan ya, ini event penting.

Sut sedikit longgar. Badan aku pun susut sikit. Tapi, aku ok. Aku sihat aku rasa. Tak sedih-sedih nak mengenang benda yang lepas. Plus, aku dah separa siap untuk ke majlis kahwin kau. Sesuatu yang tak semua orang cukup kuat nak buat. Aku rasa.

Haih.

Kalau orang lain dekat tempat aku, mampu ke nak pergi ke majlis kahwin ex or should i say now, "Friend".

"Friend" yang dulunya sangat rapat.

"Friend" yang dulunya sama-sama berangan mahu berkahwin bersama.

"Friend" yang dulunya bila berjalan, mesti berpegangan tangan.

"Friend". Aku tak sangka kau pun dah benci nak dengar perkataan ex tu.

Aku capai bowtie hitam di dalam laci. Mengeluh. Kuat ke aku? Aku percaya sekarang aku masih sayang dia. Boleh tak, sekiranya aku henda meminta agar waktu diundurkan buat seketika? Waktu di mana aku kata yang aku sudah move on. Kalau boleh, aku betul-betul nak patah balik. This moment really sucks for me.

Pintu bilik terbuka. Nizam jengul kepala ke dalam.

"Kau dah siap ke?"

Aku diam. Sambil duduk menghadap cermin, aku membetulkan bowtie yang aku pakai.

Mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience