PART 10

Romance Completed 14458

Rayfkal juga tersenyum lebar. Kepalanya mengangguk laju seakan-akan belatuk. Sumpah, dia rasa bahagia sangat tika ini. Tidak sabar untuk memberitahu seluruh keluarganya yang dia sudah mampu melangkah beberapa tapak tanpa bantuan sesiapa.

Rayfkal memeluk erat papanya. Mamanya, adik tirinya, serta abangnya turut ada tika itu. Hari ini, entah mengapa, semua orang hadir untuk menyokongnya. Walaupun ini bukan pertandingan yang mempunyai persaingan, namun mereka semua hadir untuk memberi sokongan moral. Hari ini, adalah hari terakhir sesi terapi Rayfkal.

Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun dia menjalani sesi terapi ini. Sudah berbakul kata-kata motivasi dan nasihat yang dicurahkan oleh Adryan kepadanya.

Namun, hari ini...Adryan menukar sedikit rentak terapinya. Beg sandang Rayfkal diambil, dan dijadikan umpan buat Rayfkal.

Rayfkal mendengus. “Hari ini...special. It is your last day here, so you have to work harder.” Adryan mengumumkan.

Ahli keluarga yang ada di ruangan bilik itu sekadar tersenyum simpul. Diam memerhatikan gelagat Rayfkal dengan doktornya.

“Saya dah penat kejar awak, Rayfkal. Kali ini, awak kejar saya, boleh?” Rayfkal angguk dalam senyum. Walaupun dia masih tidak mampu berlari, namun dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Guna tongkat pun sebelah sahaja.

“Good.See you on the roof. Kalau you tak datang...saya simpan beg awak ni sampai bila-bila.”

Dan sejurus itu, Adryan keluar dari bilik itu. Rayfkal tersenyum, mata masih melekat pada belakang pintu itu.

Sejenak, tangannya dikuis dari sisi. Matanya terus memandang wajah Isya, adik tirinya.

Isya sudah tersenyum penuh makna.

"Dia dah pergi, kenapa kakak tenung pintu tu lagi? Tak nak kejar dia?" Rayfkal gigit bibir dengan persoalan dari adik tirinya itu. Kenapa ek?

"Kak Ray...Kak Ray ada rasa geli-geli perut eh dengan Dr Adryan tu?"

Gulp.

Rayfkal terus menggeleng laju.

Oh-hell-no! Jangan cakap satu dunia nampak cara dia memberi reaksi ketika bersama Adryan?

Mata Rayfkal memandang ke arah keluarganya yang sudah tersenyum penuh makna. Apabila matanya bertemu dengan mata papanya...papanya mengenyitkan mata kiri kearahnya.

“Ada orang tengah berbunga-bunga cinta...” sakat Tengku Aidi Zafran. Balasannya, mama Rayfkal di sebelah mula mencubit perlahan lengan suaminya.

“Dik...go for it! Kejar dia.” Si abang pula mencelah, wajah Rayfkal pula semakin merah. Nampak sangat semua orang tahu rasa hati dia selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience