PART 7

Romance Completed 14458

What is this that you are doing, Adryan? Soalnya di dalam hati sambil tangan bersiap-sedia untuk merawat luka Rayfkal.

Namun, soalan itu tidak mampu dijawabnya. Mungkin apa yang dia rasa tika ini adalah ambil berat, caring... Atau mungkin juga perasaan yang lagi satu tu...

“Sakit ke nanti?”Soalan Rayfkal membuat Adryan tersedar. Kaki kiri menyepak betis kanan. Apa ni Ad...nak jahit ke nak mengelamun ni?

Adryan memandang Rayfkal, sambil tersenyum sebaris.

“Kalau awak boleh rasa, perit sedikit.” Rayfkal mengetuk kepalanya sendiri. Adryan tergelak melihat gelagat Rayfkal tika itu. Cantik pun kalau senyum, ini tidak,murung saja selama ini.

“Untuk kali pertama sejak beberapa minggu ni, saya lupa yang saya ni lumpuh.”Akui Rayfkal. Apabila dia lihat Adryan sudah mula menjahit lukanya, dia kalih ke tempat lain. Memanglah tak rasa sakit, tapi gerun juga nak lihat tu.

Adryan yang mendengar pengakuan Rayfkal tersenyum lebar sambil mata meneliti jemarinya yang bermain di atas betis gebu Rayfkal itu.

Hatinya girang mendengar suara Rayfkal yang semakin ceria itu.

“Kan dah cakap saya ni doktor yang bagus. Ini baru sehari awak berbaik dengan saya, dah lupa awak lumpuh. Kalau sebulan agaknya, awak lupa semua masalah awak agaknya.”

Rayfkal tersenyum lebar. Hatinya bersetuju dengan apa yang dituturkan Adryan. Bukan setakat masalah, mungkin nama sendiri pun turut dilupakan. Eh...Ray, kau fikir apa ni? Rayfkal dapat rasakan pipinya menjadi merah.

Kebetulan, Adryan juga turut merenungnya tika itu.

Bibir Adryan sudah tersenyum nakal.

“Merahnya pipi, macam epal.” Rayfkal cepat-cepat menutup pipinya dengan kedua-dua telapak tangan.

“Mana ada.”

“Ada.”

“Awak salah nampak.”

“Saya tak salah nampak. Vision saya 20 per 20. Okey...just leave it Epal. Suture awak dah siap, tapi nanti saya pesan pada nurse supaya salin dressings awak nanti.” Mudah Adryan mengalih topik. Rayfkal menghembus nafas leganya. Tidak sangka kantoi dengan Adryan tadi.

“Esok sesi kita ya. Ingat tu, Epal.” Dan dengan itu, Adryan keluar dari bilik Rayfkal. Rayfkal pula sudah tersenyum sampai langit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience