PART 5

Romance Completed 14458

Dari minggu lepas sepatutnya Rayfkal memulakan sesi terapinya, namun hingga ke hari ini, tiada satu pun progres. Adryan melangkah pergi. Lagi lama dia di sini, dengan budak degil bernama Rayfkal ni...lagi tipis kesabarannya. Rayfkal terus menjadi histeria apabila Adryan tidak menjawab balik.

Dia rasa ingin menangis. Bantal diambil dan di campak ke lantai. Tangan mencapai gelas air, dan gelas air tersebut di baling ke lantai.

“Baguslah, semua orang tinggalkan Rayfkal. Semua tak suka Rayfkal. I’m the bad person. I can’t help myself. I’m invalid!” Pedih telinga Adryan mendengar bentakan dari Rayfkal, namun dia masih menonong ke muka pintu. Buat apa nak duduk sebilik dengan orang yang sah-sah sudah berputus asa.

“Look Dr Adryan. Aku boleh jalan balik, tak perlu kau tolong pun lah!” Rayfkal menarik kakinya dengan kasar. Kakinya yang dia tidak mampu gerakkan itu dilepaskan ke lantai.

Apabila matanya lihat kakinya sudah berada di atas lantai, dia cuba bangkit cepat-cepat.

Namun...dia tidak mampu rasakan apa-apa pada kakinya. Sah-sah kakinya tidak mampu menampung berat badan bahagian atas. Sebalik berdiri, Rayfkal jatuh tersungkur ke lantai. Adryan yang mendengar bunyi orang jatuh itu lekas memandang ke belakang.

Seluruh darahnya turun ke kaki apabila melihat Rayfkal yang sudah meniarap di lantai. Gadis itu sedang menangis teresak-esak. Ibarat orang kurang waras...

Tidak dapat dinafikan, Adryan turut terasa sayu dengan dugaan yang sedang dilalui gadis muda tersebut. Dia mendapatkan Rayfkal dan diangkatnya gadis itu ke katil. Rayfkal yang sedang menunduk, yang masih menangis hiba itu dipandang penuh simpati. Bahu Rayfkal ditepuk-tepuk perlahan...

“Semua tinggalkan Rayfkal...bila Rayfkal dah ada di sini...boleh kira dengan jari sahaja berapa kali mereka lawat Rayfkal...kalau dulu papa yang hiraukan Rayfkal...sekarang mama, abang, Isya...semua lupakan Rayfkal...” Tanpa dipinta, Rayfkal meluahkan rasa hatinya.

Adryan yang mendengar, mengeluh. Dia berpaling ke arah Rayfkal, tangan menarik dagu gadis itu supaya memandangnya. Apabila Rayfkal memandangnya...dia menggelengkan kepala.

“Kalau mereka datang, Rayfkal suruh mereka keluar.”

“They should try harder then...”

“Rayfkal...you are making it hard for them.” Rayfkal tersedu.

Matanya dialihkan ke tempat lain apabila kata-kata Adryan itu memang ternyata benar.

“Saya cuma tak nak mereka bersimpati...” Kejujuran Rayfkal mengundang tawa dari Adryan.

Rayfkal mendongak dan memandang tajam Adryan yang tergelak kecil itu. Kening ternaik tinggi. Tangan naik ke pipi untuk mengelap saki-baki air matanya.

“Apa yang lucu?” soalnya tegas. Adryan sekadar jungkit bahu.

“Dr. Adryan.”tegas lagi. Adryan tersengih lebar.

“Awak ingat saya melawak ke?” Geleng.

“Adryan!” Lagi kuat tawa dari Adryan.

Akhirnya, Rayfkal mendengus. Tangan memeluk dada, dan rambut di dahi ditiup kasar.

“Brat!” Rayfkal menjeling Adryan yang sudah bangkit berdiri.

“Okey...frankly speaking, mereka datang jenguk you Rayfkal sayang, bukan sebab bersimpati. Mereka keluarga awak. They care for you, they love you as you are. Cuma awak yang ego, awak yang degil...open your heart, sweetheart. Jangan sebab awak rasa awak lumpuh, mereka akan simpati dengan awak. Don’t be too shallow.”

“Oh jadi saya yang shallow,sayalah brat?” Adryan sekadar angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience