PART 9

Romance Completed 14458

Adryan pula menarik nafas dalam-dalam. Termasuk kali ini, sudah banyak kali dia perhatikan Rayfkal ni hilang fokus. Macam mana nak pulih kalau asyik hilang fokus?

Sabar Ad...sabar...pesannya kepada diri sendiri. Agak marah apabila dia bermati-matian inginkan Rayfkal pulih seperti sedia kali, namun Rayfkal ibarat ambil acuh tidak acuh sahaja.

Matanya menikam mata Rayfkal.

“Janji dengan saya, Epal?” Rayfkal terus mendongak apabila mendengar nama samaran khusus yang digunakan Adryan untuk membahasakan dirinya itu.

Hatinya kembali girang. Dia mengangguk.

“Tolak semua masalah yang sedang mengganggu fikiran awak ke tepi. Fokus untuk belajar berjalan dengan stabil dulu, boleh?” Jelas, Adryan berpesan.

Namun, Rayfkal terus terkelu. Hanya seorang sahaja yang sedang mengacau fikirannya ini...dan orangnya adalah manusia di hadapannya kini.

Bagaimanakah dia ingin berbuat demikian?

“Boleh tak, Epal?” There you go again! Lemah lutut aku bila dia panggil Epal! Urgh! Gumam hati Rayfkal geram. Lambat-lambat dia mengangguk.

“Good, saya dibayar gaji untuk tolong awak. Dan saya tak mahu saya disoal nanti di akhirat kalau saya tidak mampu buat tanggungjawab saya sepenuhnya. I’m professionally trained to help you. Tapi awak pun kena tolong diri awak.”

Dalam kata-kata itu menusuk hati Rayfkal. Rayfkal mengeluh berat. Nampaknya...segala bunga-bunga cinta yang ingin mekar tadi terus layu. Rayfkal...he is your doctor and trainer...fokus! Jalan pun tak betul lagi, jangan menggatal nak bercinta...walaupun tidak bertepuk mana-mana tangan, jangan gatal nak cintan –cintun!

Rayfkal tarik nafasnya dalam-dalam. Fokus! Fokus! Fokus! Tangan yang memegang rel perlahan-lahan dilepaskan sambil dia melangkah perlahan. Adryan di hadapan dipandang,

Tangannya, melepas rel.

Dia cuba menapak selangkah. Kaki kanan dahulu...kemudian kaki kiri...kemudian...kanan...kiri...dan apabila dia cuba untuk melangkah lagi sekali, lututnya terasa lembik.

Dia terjatuh melutut.

Tetapi, apabila dia mendongak...senyuman penuh gusi yang dihadiahkan oleh Adryan berjaya meragut keseluruhan oksigen dari jantungnya.

Wajah Adryan tika itu ibarat wajah seorang ayah yang baru lihat anaknya melangkah buat kali pertama.

Purely proud!__ Adryan bangga dengan dirinya! Rayfkal berasa seperti ingin meloncat ke langit!Dia berjaya mengambil beberapa langkah tanpa bergantung pada rel.

Adryan menarik Rayfkal bangun, senyuman masih pada bibir.

“I always knew you could do it, Epal. Balik rehat...esok datang lagi. Bulan depan saya nak awak dah boleh lari.” Bisik Adryan, masih tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience