PART 4

Romance Completed 14458

“Siapa yang mampu tahan kalau ayah sendiri buat anaknya seakan-akan tidak wujud selama ini? Cakap senanglah...cuba rasa sendiri. Pedih, tahu...pedih. Ya Allah...” Rayfkal menarik sebiji lagi bantal dari bawah kepalanya dan ditekap ke muka. Sungguh, dia sedih sangat-sangat tika ini.

Ray sayangkan papa, tapi kenapa baru sekarang papa nak kisahkan Ray...kenapa bila Ray dah tak berdaya baru papa tunjuk yang papa ni prihatin? Sebak dadanya tika itu. Persoalan demi persoalan membuatkan dia penat untuk berfikir.

Sedikit demi sedikit, dia rasakan dirinya sudah hilang disebalik tragedi ini. Tiada lagi kasih sayang buatnya, hanyalah simpati...

“Rayfkal Azalea...” suara garau tersebut memanggilnya. Sebelah earphone ditarik keluar.

Rayfkal terus membuka matanya. Segala memori tadi kembali bersepai apabila matanya memandang wajah kacak di hadapannya kini.

“Bangun pun...time for your therapy session.” Rayfkal mendengus kasar. Bosan dengan rutin barunya ini.

Kalau dah lumpuh tu, lumpuhlah. Doktor ni sendiri kata yang potensi dia nak elok balik tu sangat tipis, habis tu apa gunanya dia bertherapy sesion bagai ni? Macam pointless!

“Bangun...awak ingat saya ni tak ada pesakit lain ke tuan puteri?” Adryan berkata sinis.

Sungguh dia tidak ada masa nak bercakap elok-elok dengan budak baru lepas akhil baligh yang ada masalah hormon macam si Rayfkal ni. Muka tu masam. Kalau asam jawa tengok pun mesti menangis! Tak pernah nak senyum, tak pernah nak cakap elok-elok...Moody!

Orang lain pun lumpuh juga, tapi tak adalah sampai bermusuhan dengan dunia ni. Teenagers!

“Baguslah awak ada pesakit lain. Saya pun tak adalah seronok sangat jadi pesakit awak ni. Apa kata awak pergi rawat pesakit awak yang lain tu, Dr. Adryan.” Sinis sekali Rayfkal mencantas.

Rambutnya disisip ke belakang telinga. Tangan kembali menyumbat earphone ke lubang telinga. Namun, sebelum sempat dia menekan butang ‘Play’, earphone, sekali dengan MP3nya sekali dirampas kasar.

“Hey!” Dia menjerkah Adryan, yang sudah tayang muka marah. Rayfkal mendengus kasar. Apa si Adryan ni ingat kalau tayang muka marah tu...dia akan kecut? Tolonglah...yang mudah kecut adalah dia sebelum lumpuh. Sekarang ini...tidak lagi. “You brat! Dengar sini...aku dah tak tahan dengan perangai mengada kau ni.” Adryan meletup di situ. Rayfkal menegakkan badannya. Matanya masih berlaga dengan mata Adryan.

“Baguslah! Aku pun tak tahan dah dengan kau. Leave-me ALONE!” suara Rayfkal sudah naik seoktaf.

Api di dada Adryan semakin marak. Sungguh, dia sudah tidak mampu bertahan dengan perangai sejuk beku si Rayfkal ini. Bikin panas hati!

“Aku akan biarkan kau bila kau dengar cakap aku. Get up and get into the wheelchair.” Rayfkal masih berdegil. Giginya sudah diketap kemas.

“Apa? Tak cukup dengan aku lumpuh, kau nak suruh aku naik kerusi roda pula?” Adryan menarik nafas dalam-dalam dan beristighfar.

Stetoskop di leher ditarik dan disisip ke dalam poket. Rayfkal di atas katil dipandang kecil besar. Seumur tiga puluh tahun dia berkhidmat, tidak pernah lagi dia jadi lost control macam ini. Tangan yang memegang stetoskop di dalam poket digenggam kemas.

“Fine. Do as you wish...” Adryan mengalah. Kalau orang tak mahu dengar kata, sah-sah dia buang masa dengan Rayfkal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience