PART 8

Romance Completed 14458

Benar, tidak cukup sebulan pun, semua masalah dia sudah dilupakan. Hatinya dari tadi melayang-layang...tambah-tambah apabila Adryan membahasakan dia, Epal.

“Memandai panggil aku epal...” gumamnya perlahan. Tangan mencapai telefon bimbit di meja sebelah.

Aplikasi kamera di buka, dan front kamera ditekan.

Apabila Rayfkal melihat sendiri wajahnya tika itu, dia terus tergelak kuat. Patutlah...wajar kena panggil epal pun. Pipi sudah merah ibarat epal merah yang masak ranum!

Semua ini Adryan punya pasal!

Sejak konfrontasinya bersama Adryan, Rayfkal melapangkan hatinya. Dia tidak lagi bersikap baran dengan keluarganya. Malah, apabila keluarganya di sisi, dia rasa bahagia sangat. Terutamanya, apabila papanya ternyata sudah mampu menerimanya. Dari situ dia pasti yang papanya turut menyayanginya sebagaimana kasih seorang bapa terhadap kesemua anak-anaknya. Adil dan saksama.

Namun, apabila hari-hari dia bersama dengan Adryan, ada suatu rasa yang semakin menghantuinya di dalam jiwa.

Rasa cinta. Dan dia takut sekiranya rasa tersebut semakin mekar. Kalau Adryan cakap dia seorang profesional, tidak pernah ada rasa yang pelik-pelik ketika bersama-sama membantu Rayfkal , mana Rayfkal nak sorok muka ni?

‘Tak!”

Petikan jari di hadapan mukanya mengembalikannya ke alam realiti. Wajah tidak berpuas hati Adryan dipandangnya.

Alahai...mengelamun pula sewaktu terapi.

“Awak dah boleh berdiri. Bagus. Tapi kalau awak tak fokus, sampai bila awak nak berdiri saja? Bila awak nak mula melangkah tanpa bantuan railings dan tongkat?” Rayfkal telan liur. Adryan kalau masuk mode doktor dan juga trainer, memang tegas.

“Remember, Epal. How much you are willing give, that is what you earn.” Rayfkal mengangguk laju. Namun, Adryan masih tidak menjumpa perkataan ‘the end’ kepada sesi ceramahnya.

Yang jadi mangsa, Rayfkal. Kena tadah telinga luas-luas.

“Saya rasa awak pun tahu yang nak mula jalan balik tu susah dan mencabar. Tapi jangan menyerah kalah, jangan hilang fokus. Thomas Edison, dia gagal banyak kali, tapi dia tidak putus asa. Kalau dia putus asa, sampai sekaranglah kita bergelap tanpa cahaya lampu agaknya.” Rayfkal masih angguk, mulut ibarat dizip. Diam. Sekadar mendengar apa yang buah hati pengarang jantung yang tidak tahu yang dia menjadi buah hati pengarang jantung buat seorang Rayfkal ini, bercakap petah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience