PART 2

Romance Completed 14458

Matanya yang bundar dipejam rapat sambil telinga berdentum dengan suara Ed Sheeran. Bantal di sisi ditarik dan dibawa ke dada. Tanpa dipinta, setitis air mata mengalir ke atas bantalnya.

Beberapa saat kemudian, titisan tersebut menjadi cucuran. Buku lima dikepal dan dibawa ke bibir, digigit perlahan...cuba menahan esakan yang mula menghantui segenap ruangan bilik itu.

Mindanya kembali mengulang tayang perkataan yang sepatutnya sudah sebati di dalam dirinya. Ayat yang telah meragut senyuman serta harapan yang ada di dalam dirinya. Titik hitam yang menjadi permulaan hidup ‘barunya’ ini.

“Tengku... Rayfkal dah sedar, good thing is, dia tak ada amnesia.” ‘Tengku’ yang digelar doktor itu culas memandang ke arahnya. Dalam beberapa saat, Tengku yang juga ‘papa’nya sudah berada di sisi katil.

Mahu tidak mahu, Rayfkal mengalihkan pandangan. Mata menekur selimut berwarna koko itu. Tangan juga kuat menggenggam cadar katilnya.

“The bad news, however...” Doktor muda itu mencelah. Suaranya jelas menggambarkan dia seorang tegas, walaupun masih muda.

Pandangan papanya sudah kembali bertemu dengan mata doktor muda yang jelas lebih tinggi dan sasa dari papanya.

Tiada senyuman pada raut doktor tersebut.

“Say it, Adryan. Say it as it is” Tegas suara papanya.

Adryan mengangguk sekali. Fail di tangan dibuka, kemudian ditutup kembali. Rayfkal masih menekur selimutnya. Tahu apa yang bakal dikatakan Dr. Adryan kepada papanya tika itu.

“Rayfkal disahkan lumpuh pada kedua-dua belah kakinya.” Rayfkal dapat rasakan air matanya mengalir.

Sungguh, ujian kali ini amat berat baginya. Di saat dia mahu pulihkan situasi keluarganya, ujian ini menimpa. Di saat papanya ingin menerima kehadirannya, dia sudah terlantar di hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience