PART 3

Romance Completed 14458

Sepanjang hayat dia,inilah ujian yang terbesar. Hakikatnya, dia bukan dari keluarga yang bahagia. Ketika dia kecil, papanya sangkakan dia anak luar nikah. Dia dihalau keluar bersama ibunya. Dia terpisah dari abangnya.

Beberapa tahun kemudian, rahsia terbongkar. Dia masih anak yang sah, bukan salah mamanya semua ini berlaku. Bukan salah sesiapa, Cuma perselisihan faham antara pasangan suami isteri.

Namun, hakikatnya, apabila papanya kembali menerimanya, papanya sudah mempunyai isteri baharu. Ya, dia ada mak tiri. Ada adik tiri. Dan hatinya sangat terbelah bahagi melihat kasih sayang papanya kepada si adik tiri tidak setanding dengan kasih sayang yang dinafikannya bertahun-tahun dahulu.

Walaubagaimanapun, mamanya tidak kisah bermadu. Dia pun tidak kisah ada mak tiri, asalkan papanya masih sanggup menerimanya sebagai anak yang sah.

Dari kecil, dia dahagakan kasih sayang seorang ayah. Dia inginkan sebuah keluarga yang sempurna, tidak mengapa ada dua emak sekalipun...dia tidak kisah, asalkan papanya dapat sayangkannya sebagaimana dia menyayangi papanya.

Tetapi, di saat dia ingin meraih kasih sayang tersebut...dia kemalangan. Dia cuba menyelamatkan adik tirinya dari dilanggar, dan lihatlah sekarang...a twist of plot...dia pula yang tersadai di atas katil hospital ini. Dia yang lumpuh.. Dia yang sentiasa malang...

“Rayfkal...” Dia mengangkat kepalanya.

Mata bertemu dengan sepasang mata coklat milik Tengku Aidi Zafran. Kalau dahulu dia sanggup gadaikan apa-apa sahaja, agar papanya lihat dia sebegini...namun sekarang, dia rasa kosong. Kenapa sekarang baru papanya ingin jadi prihatin? Kenapa tidak sebelum ini?

“Ray...anak papa...” Zup! Rayfkal terus terkaku di situ.

Kalau dahulu dia ingin sangat menjadi ‘anak’ kepada papanya ini, namun sekarang...segala-galanya berbeza.

“I want to be alone,”katanya senada.

Riak muka Tengku Aidi Zafran tika itu sungguh tidak disangka. Dia terkelu sendiri. Namun, mengenangkan si anak yang sudah tempuhi banyak dugaan, dia turutkan juga.

Lambat-lambat, dia mengheret kakinya untuk keluar dari bilik itu. Rayfkal mengeluh berat setelah bayangan papanya hilang dari ekor mata. Kejam, ya...dia tahu dia kejam. Namun dia tidak mahukan sebarang simpati dari papanya tika itu.

Apa yang dia mahukan adalah kasih sayang dari seorang ayah, bukannya simpati. Adryan yang melihat Rayfkal yang sudah zoned out itu berdeham kuat. Apabila Rayfkal memandangnya, dia bercekak pinggang.

“Apa jua masalah awak dengan dia...dia masih ayah awak.” Rayfkal mengetap bibirnya. Kata-kata Dr. Adryan itu menusuk hatinya sendiri. Lama kemudian, dia tersenyum sinis.

“Ayah? Twenty-two years ago, dia tak mengaku saya ni anak dia. Saya baru kenal dia setahun...baru hari ini dia akui yang dia ayah saya...baru hari ini dia cakap saya anak dia...” Rayfkal menikam mata Adryan. Senyum sinis masih terhias di bibir.

“Incase you missed the memo, I want to be alone.” Lagi sekali dia tegaskan kepada doktor muda tersebut. Doktor Adryan sekadar membalas senyuman sinis ke arahnya.

Dia melangkah ke arah pintu, namun sebelum dia menutup pintu tersebut, sempat lagi dia lontarkan jawapan yang membakar hati Rayfkal.

“Sepatutnya, orang yang baru sedar dari koma macam awak ni, sedar apa yang penting dalam hidup ni. Manusia tidak boleh lari dari kesilapan, belajar cara nak memaafkan orang. Jangan sibuk nak jaga ego tu.” Pap! Baru sahaja Rayfkal ingin membalas, pintu sudah ditutup.

Kalaulah dia boleh gerakkan kakinya, sudah pasti dia akan menghentak-hentak lantai ini. Namun apakan daya, lumpuh. Tangan terus mencapai sebiji bantal dan dicampakkan kuat ke arah pintu.

“Ini bukan pasal ego, ini pasal hati!” Sesaat kemudian, tubir matanya sudah terasa panas.

Bibir dikemam ketat. It was never about ego...it is about my heart. Gumamnya di dalam hati. Pilu, sendu... Esakan terlepas jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience