PART 6

Romance Completed 14458

“Aku benci kau!’’ Adryan senyum sekilas. “Itu ego awak yang bercakap, sebab awak tahu apa yang saya cakap tu betul. Awak ada masalah dengan diri awak, sebenarnya. Awak nakkan perhatian, tapi bila orang nak berikan awak perhatian, awak tolak mentah-mentah sebab ego awak tu.You are better than that Rayfkal. You are still young...do not be so bitter with life.” Panjang lebar Rayfkal memberi ceramah. Harap-harap, Rayfkal sedar dan berubah. Kalau tidak...

“Awak lupa sesuatu. Ya, saya masih muda...tapi saya lumpuh. Hidup saya ni, memang akan bergantung pada orang lain. Orang yang pernah saya tagihkan kasih sayang dari dulu lagi...” Adryan mengeluh hebat. Payah betul nak fahamkan si Rayfkal ni.

“Kalau awak rasa macam tu, awak berhenti dari bayangkan yang awak ni lumpuh, so hopeless and helpless. Awak kuat, Rayfkal. Dan saya nak awak juga jadi yakin yang awak mampu atasi semua ini dan mula berjalan balik. One step at a time...awak rasa awak mampu?” Adryan merenung tajam Rayfkal.

Rayfkal tarik nafas dalam-dalam. Bibirnya yang kering, dijilat.Dia kemudiannya mencari anak mata Adryan... Dan apabila mata bertemu mata, dia yakin yang harapan yang ditabur Adryan kepadanya bukanlah sekadar harapan palsu. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk bertanya.

“Will you be there for my every steps?” Adryan mengangguk laju, Hujung bibirnya sudah ternaik. Yakin bahawa apa bakal ingin didengarinya ini positif!

“Each and every steps taken...saya di sisi awak. Saya doktor awak, saya juga trainer awak.” Rayfkal mengangguk sekali.

“Sampai saya boleh berlari...janji?” Adryan angguk lagi. Namun, apabila Rayfkal menyuakan jari kelingkingnya, dia rasakan tubir matanya menjadi panas tiba-tiba.

Adryan, seorang doktor yang serba kacak, serba taf...nak menangis sebab tersentuh dengan Rayfkal yang degil ni? Jari kelingking bertaut.

“Janji. Sampai awak boleh kejar saya...I’ll be there for you.”

“Good enough.” Rayfkal menarik kembali jarinya.

Entah kenapa sesaat tadi dia rasakan seperti direnjat elektrik apabila Adryan memautkan kelingkingnya. Perasaan saja tu... Mata kembali memandang Adryan.

“Rayfkal...”Adryan menyeru. Rayfkal menjungkitkan keningnya.

“Keluarga awak sayangkan awak, faham?” Rayfkal angguk. “Tapi awak kena sayangkan diri awak dulu, faham?” Rayfkal angguk lagi.

“Do this for yourself, not for anyone else, faham?” Rayfkal menggeleng, apa yang Adryan cuba cakapkan ni? Serius semacam.

“Dalam dunia ni, tiada apa yang lebih berharga dari diri kita sendiri. Kalau kita sayang diri kita sendiri, maknanya, kita mampu nak sayang orang lain pun.” Rayfkal dengar dengan teliti.

Namun, keningnya naik tinggi apabila tangan Adryan sudah melekap pada betisnya. Mata Rayfkal terus membulat apabila melihat ada darah dan calar pada betisnya.

“Love yourself, then people will automatically love you,Ray.” Tanpa memandangnya Adryan kembali berkata.

Rayfkal menggigit bibirnya. Entah mengapa kata-kata Adryan itu menusuk hatinya. Sungguh dalam dan bermakna.

“Kalau saya jadi ayah awak, saya yakin saya merana seumur hidup sebab sudah lepaskan 22 tahun dari hidup saya, tanpa mengenali awak. You are a precious gem, Rayfkal. Awak buat perangai, bukan sebab apa...sebab awak takut.” Rayfkal masih diam.

Mata kembali memerhatikan darah yang sedang mengalir dari betis. Kalau dia dapat rasa...sudah pasti dia meraung kesakitan.

“Awak tak perlu takut lagi, Rayfkal. Saya ada, keluarga awak pun ada. We are here to help you walk again. Saya pergi panggil nurse. Luka awak ni agak dalam, kena jahit.” Adryan terus berlalu meninggalkan Rayfkal sementara.

Rayfkal pula menekur tangan di paha. Kata-kata Adryan tadi terngiang di telinga. Tiba-tiba, hatinya terasa ringan. Kenapa dia rasa macam ni bila Adryan cakap elok-elok dengan dia? getus hatinya.

Adryan pula, apabila keluar dari bilik itu, terus dia menghembus nafas leganya. Hatinya seakan-akan connect dengan Rayfkal. Tiba-tiba dia dapat faham apa yang sedang Rayfkal lalui.

Dan entah bagaimana, dia inginkan yang terbaik buat Rayfkal. Sekiranya dia ditempat Rayfkal, dia juga memerlukan orang yang benar-benar yakin bahawa dia mampu pulih seperti sedia-kala. Namun, Adryan dapat rasakan perasaan dia ketika ini sedikit lebih dari apa yang seorang doktor perlu rasa ketika merawat pesakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience