Bab 10

Romance Completed 7601

Pada suatu malam, aku tiba-tiba teringat pada Eyra. Bagaimanakah hidupnya sekarang. Telah lama aku tidak bertanyakan khabar buatnya. Berdosakah aku? Kerana meninggalkan insan yang telah banyak menemani, dan membantuku di kala aku kesusahan dulu. Eyra Maafkan aku. Biarlah aku berterus-terang untuk semua ini.

Pada malam itu, aku menelefonnya. Terdengar suara yang sedikit sayu di gegendang telingaku. Hatiku tersentuh. Bagaimana mungkin untuk aku meninggalkan dia saat ini. Aku tidak sanggup. Mendengar suaranya pun tiada mampu ku tahan.

“Eyra” Aku memulakan bicara. Ku ceritakan dari awal sehingga akhir tentang perkenalanku dengan Eyca. Eyra mulai sebak. Aku pula makin terharu. Bagaimanakah untuk aku menghadapi semua ini?

Tiba-tiba terdengar suara Eyra mengukir bicaranya.

” Dia, dia pergilah pada wanita itu. Wanita itu kini di hadapan dia. Eyra hanya teman yang berada jauh dari dia. Tidak pernah ketemu, tiada pernah dapat bersua muka. Dia pergilah. Wanita itu memerlukan dia. Eyra mendoakan dia dan wanita itu bahagia bersama nanti. Lupakan Eyra di sini. Anggaplah yang dia tidak pernah mengenali Eyra. Buang semua kenangan dan peristiwa yang mengingatkan dia pada Eyra. Eyra takkan menghalang semua ini. Sejujurnya Eyra ingin minta maaf sebab mencintai dia dalam diam sepanjang persahabatan kita. Dia adalah lelaki kedua yang telah membuat air mata Eyra jatuh membasahi bumi. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Eyra, dan tempat Eyra berkongsi kesedihan selama ini. Terima kasih dia. Eyra takkan lupakan semua itu. Dia adalah lelaki yang baik yang Eyra pernah kenal. Eyra dah cuba memahami perasaan dan hati dia selama ini. Ok lah. Eyra nak minta izin untuk mengundurkan diri. Eyra takkan menunggu dia lagi. Eyra akan pergi jauh dari dia. Maafkan Eyra” Sebak aku mendengar luahan hati Eyra pada malam itu. Lagi sebak bila mendengar dia memanggilku ‘dia’, iaitu panggilan mesranya buatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience