Bab 6

Romance Completed 7601

Aku bagaikan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku kepadanya. Bagiku kisah itu begitu tragis. Lagi-lagi berlaku pada seorang wanita yang sifatnya lemah dan lembut. Aku betul-betul terharu. Eyra mungkin tidak sedar akan perasaan yang ku rasakan pada malam itu. Setelah mendengar kisah silam itu, aku telah bertekad dalam hati ini untuk tidak mengecewakan Eyra, dan tidak menyakiti hatinya lagi. Adalah amat kejam seandainya aku pula yang mengulangi kesilapan bekas kekasihnya.

” Eyra, kita janji untuk tidak membuatkan hati Eyra menagis lagi” , getus hati kecilku pada malam itu.

Masa beredar lagi. Perkenalan aku dan Eyra semakin lama semakin mesra. Tetapi kekadang aku terfikir, adakah aku telah jatuh cinta padanya? Andainya aku tiada perasaan padanya walau sebesar zarah, mengapa pula aku mempunyai keinginan untuk bersamanya? Dan mengapa hati ini ingin mengambil tahu kehidupannya setiap saat yang berlalu? Aku keliru. Seandainya cinta itu telah bersemi, mana mungkin aku dapat bersamanya. Aku dan dia tiada pernah ketemu. Tiada pernah bersua muka. Hanya berjumpa di ruangan internet sahaja. Hanya dapat menatap wajah dan tubuhnya yang kaku. Kekadang dapat melihat senyuman dan gayanya di web cam yang dia tunjukkan buatku.

” AhhTidak mungkin aku dan dia dapat bersama. Aku kini di Kelantan, sedangkan dia masih belajar di Johor. Walaupun dia juga berasal dari Kelantan, namun kekangan masa belajar yang padat memungkinkan dia jarang untuk pulang ke Kelantan. Sudah semestinya peluang kami untuk bertemu adalah tipis. Aku makin keliru dengan dunia yang sedang ku hadapi waktu itu.

Bulan September yang lepas menjadi saat yang paling gembira buat diriku. Aku diterima untuk melanjutkan pelajaran di Institut Penilaian Negara (INPSEN) di Bangi, Selangor. Walaupun tempat tersebut bukanlah disamatarafkan dengan universiti-universiti awam di negara ini, namun aku bersyukur kerana ada jua tempat aku bergantung dan melanjutkan pelajaranku yang telah lama terkandas.

Pada masa yang sama juga, aku ada memohon untuk melanjutkan pelajaran di Universiti institut Teknologi Mara (UiTM) pada hujung tahun ini. Kemungkinan besar perkenalanku bersama INSPEN tidak lama. Seandainya aku diterima masuk ke UiTM, semestinya bumi INSPEN terpaksa ku tinggalkan. Malahan aku juga terpaksa meninggalkan bumi Putrajaya di mana tempat aku dan penuntut-penuntut INSPEN ditempatkan.

Eyra berkali-kali berpesan padaku supaya tidak melupakannya sebelum aku bertandang ke INSPEN. Katanya, di sini nanti aku akan bertemu dengan banyak gadis lain. Dan saat itu, mungkin dia akan ku lupakan.

“Benarkah begitu tekaanmu Eyra?” Aku menyoal diriku berkali-kali.

“Benarkah aku bakal bertemu dengan wanita lain, wanita yang bisa membuat hatiku tertaut padanya?” Aku menyoal lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience