Bab 11

Romance Completed 7601

Masa dan tika kian berlalu. Kehadiran Haszirah sedikit masa lalu ku jadikan sebagai memori silam yang tiada mampu ku lupakan. Biarlah semua itu tersimpan kemas dalam kotak memori silamku. “Maafkan saya Hasz seandainya Hasz tidak mampu mengecap kebahagiaan saat Hasz bersama saya. Saya sudah cuba untuk membahagiakan Hasz. Tapi mungkin Hasz lebih bahagia bersama orang lain. Saya mendoakan Hasz gembira di samping insan tersayang. Tapi, satu perkara yang saya inginkan Hasz mengenangnya selalu. Jangan sesekali lupakan saya sebagai insan yang telah kecewa demi melihat insan yang dia sayang bahagia di samping lelaki yang dia pilih.”

Kehadiran Eyra pula di saat aku kesedihan dan memerlukan teman bicara selepas berpisah dengan Haszirah akan ku hargai selagi hayat dikandung badan. “Percayalah ‘kita’ takkan melupakan semua pengorbanan Eyra. Maafkan ‘kita’ atas semua ketentuan yang telah berlaku. ‘Kita’ tak berdaya untuk menerima Eyra. Sebab masa depan antara kita berdua sangat kabur dan samar. ‘Kita’ tidak mahu memberikan Eyra sebuah harapan kerana ‘kita’ sendiri tidak pasti untuk semua ini. Biarlah Eyra kecewa kehilangan ‘kita’ sekarang daripada Eyra kecewa kehilangan ‘kita’ suatu hari nanti. Maafkan ‘kita’’’.

Kepada Eyca, insan yang kini berada dekat bersamaku, ku hanya mahukan satu kejujuran dan kesetiaan seandainya aku lelaki yang kau pilih. Antara kita, biarlah Allah yang tentukan kesudahannya. Masa tidak mengizinkan untuk aku meminangmu sebagai suri di hatiku buat masa ini. Mungkin kita akan berpisah sedikit masa lagi. Dan mungkin jua sebaliknya. Mungkin cinta kau akan bersemi buatku. Dan mungkin jua cintamu akan tersemai kembali buat insan yang bernama Syafiq.

Tapi satu sahaja perkara yang mungkin kau tidak menyedarinya. Aku akan terus mencintaimu selagi ada harapan untuk aku dan kau bersatu.

Benar, Allah adalah sebaik-baik perancang, dan aku berpegang pada itu. Kisah cintaku masih belum pasti meski aku sudah pasti siapa pilihan hatiku. Ia terlihat sukar, betapa kita cuba untuk mengelak kesakitan ini tetapi jika kata hati berkata bahawa kita mahu yang itu, itulah pilihan kita maka sudah tiada apa yang mampu menghalang pilihan kita selain perancangan yang maha kuasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience