Bab 2

Romance Completed 7601

Aku pada tika itu tiada tempat meluahkan duka dan lara di hati. Hidupku bagaikan tiada apa-apa nilai lagi. Insan yang ku sayang malah ku cintai telah pergi. Pergi meninggalkan aku terkapai-kapai di lautan cinta yang kian lemas. Saat itu, semua insan yang berada di sampingku meninggalkan aku jua. Meraka mengejar cita-cita yang kian hampir. Melangkah gagah ke menara gading di seluruh negara. Dan memulakan kehidupan baru bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Sedangkan aku, masih lagi di destinasi lama.

Nun jauh di hujung kampung bertemankan hati yang lara. Bermandikan cinta yang tiada kesampaian. Aku pada saat itu tidak layak meneruskan pengajian ke menara gading. Disebabkan keputusan peperiksaanku yang tiada mampu untuk melayakkan aku mendapat mana-mana kurusus di universiti. Dan tidak layak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama teman-teman seperjuanganku.

Malahan tiada jua layak untuk terus mendambakan cinta buat insan bernama Haszirah. Dia kini berada di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Mempunyai sebuah masa hadapan yang cerah dan baik berbandingku. ” Biarlah kau bahagia di sana Hasz. Tapi izinkan aku untuk meneruskan cinta ini buatmu”. Bisik hati kecilku.

Masa berlalu kian pantas. Tanpa ku sedari, sebulan waktu telah beredar. Meninggalkan memori silam yang masih kemas terpahat dalam ingatan. Tika itu, aku masih lagi di situ. Masih lagi berada di dunia khayalanku.

” Sampai bila aku harus begini? Sampai bila aku harus lemah dan kalah dalam menghadapi semua ini”, hati kecilku seringkali berbisik sedemikian. Duniaku pada waktu itu hanya pada sehelai kertas kumal bertemankan tinta nan basah. Di kertas kumal itulah aku melakar segala emosi yang melemaskan diri ini, dan di kertas itu jualah aku mengukir kehidupan manusia duniawi. Aku mencipta situasi, aku mencipta watak dan perwatakan manusia, aku mencipta sebuah jalan kehidupan lalu ku gabungkan menjadi sebuah cerita. Cerita pendek atau dinamakan cerpen. Ku kongsikan cerita itu bersama teman-teman mayaku. Tiap hari dan ketika, aku mengadap sebuah komputer. Membaca komen-komen dan pendapat dari teman-temanku itu. Ada yang mengkritik jalan ceritaku namun ramai jua yang memuji lebuhraya kehidupan yang ku ciptakan sendiri. Aku berasa puas kerana hasil kerjaku dinilai dan diberikan suntikan pendapat. Begitulah kehidupanku pada waktu itu. Sedikit-sebanyak hatiku tidak terseksa mengenangkan memori silam yang penuh duka nestapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience