Bab 9

Romance Completed 7601

Aku tidak nafikan yang aku menyayangi Eyca. Dan aku jua tidak nafikan yang cinta ini mula berputik buat dirinya. Dari hari pertama aku melihatnya, hatiku terusik. Terusik melihat gaya dia sebagai seorang muslimah, terusik mendengar butir bicaranya, dan terusik melihat dirinya persis muslimin sejati. Eyca seorang yang meletakkan agama itu di atas membatasi segala-galanya. Lama aku mencari wanita seperti ini. Kini aku ketemuinya jua. Tapi, bagaimana cinta ini akan terus berputik seandainya aku terpaksa meninggalkan tempat ini sedikit masa lagi? Dan bagaimana cinta ini akan ku bajai sekiranya kemunculan Syafiq pada semester depan menggugat hati dan perasaan Eyca? Aku tiada mampu menghadapi sitiuasi yang sama seperti mana yang ku hadapi bersama Haszirah sedikit masa lalu. Cukuplah hanya sekali. Bolehkah Eyca menghadapi semua ini? Sedangkan dia sendiri mengaku yang dia takut untuk menghadapi saat-saat itu nanti. Perlukah aku mengambil Eyca sebagai suri di hatiku dalam masa terdekat ini? Perlukah semua itu? Tapi adakah Eyca dapat menerima diri ini? Walaupun Eyca tidak menolak untuk bersama aku, tapi cintanya buat Syafiq masih bersemi. Sedangkan cintanya buatku tidak pernah dituturkan. Aku sendiri belum pasti. Walaupun gaya dan cara itu menunjukkan seolah-olah dia menyangi diriku, tapi hal itu tidak boleh ku letakkan sebagai alasan untuk mengatakan yang dia mencintaiku. Aku makin keliru dengan semua ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience