Bab 4

Romance Completed 7601

Masa berlalu. Pada suatu hari, Eyra pergi ke rumah dia untuk menjenguk dia dan keluarganya. Rumah kitorang jarak tak berapa jauh pun. Tapi, bila tiba di muka pintu je, Eyra nampak adik dia sedang mendukung seorang bayi. Eyra tanyalah tu anak siapa. Adik dia jawab dengan nada sedikit berhati-hati. Katanya ni anak buah baru. Anak abang Adik dia tak sempat nak habiskan kata-kata itu kerana tiba -tiba kakak dia muncul di depan muka pintu.

Eyra nampak kakaknya mencubit mulut adik boyfriend Eyra tu. Eyra pelik. Rahsia apa yang diorang cuba sembunyikan dari Eyra. Eyra mula mencurigai sesuatu.

Pada suatu petang, Eyra keluar ke pasar bersama kawan-kawan. Hati Eyra berbunga kerana dapat keluar bersama diorang. Eyra sebenarnya seorang yang jarang keluar rumah. Eyra sangkakan kegembiraan itu akan terus kekal. Tapi semua itu silap. Di suatu sudut Eyra tiba-tiba terpandang seorang lelaki yang cukup Eyra kenali selama ini. Tak perlu dia tunjukkan rupanya. Bayangnya pun Eyra dah cukup kenal. Hati Eyra mulai sedih, kecewa, dan merana tatkala terpandangkan dia insan yang Eyra sayang selama ini sedang mengendong seorang bayi. Di sisinya seorang wanita.

Eyra cuba kuatkan hati. Lalu, Eyra capai telefon di tangan dan terus mendail nombor telefonnya. Suaranya Eyra dengar sedikit gelabah. Tanpa melengahkan masa, Eyra menyuruh dia memandang ke belakang. Sesaat kemudian, mata kami bertaut. Eyra pandang tepat matanya. Sedangkan dia mulai resah. Matanya Eyra nampak mulai meliar, gelisah seolah-olah sedang menunggu masa untuk ke tali gantung. Eyra berjalan ke hadapan lalu berada pada jarak tidak kurang satu meter darinya. Awak, Awak tahu tak apa yang dia jelaskan pada Eyra saat itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience