Bab 7

Romance Completed 7601

Eyra Maafkan aku. Setelah sebulan lebih aku di sini, aku tidak menafikan yang ada seorang wanita telah muncul dalam kamus hidupku. Dan aku jua tidak menafikan yang dia turut bisa mengetuk pintu hatiku. Pintu hatiku yang selama ini aku tutup untuk semua ciptaan yang bergelar Hawa. Izinkan aku bercerita tentang dia.

Dia yang ku maksudkan ialah Aisyah atau aku lebih mesra memanggilnya Eyca. Dari jauh pandanganku telah dapat meneka akan perangai dan sikap wanita itu. Aku memerhatikannya. Lama dan semakin lama. Ada sesuatu yang menarik hati kecilku untuk mengenali dia secara lebih dekat. Aku mengaku. Aku yang menghulurkan salam perkenalan. Mula-mula perkenalan ku lihat dia sukar menerima kehadiranku di sisi.

Mungkin kerana masih belum mengenali diri ini. Namun, semua itu bagaikan berubah. Aku tidak sangka yang dia sekarang betul-betul ingin mengenaliku. Segala masalah peribadi dan masalah pelajaran dikongsi bersamaku. Aku diibaratkan tempat dia bergantung. Aku ibarat tempat segala-galanya bagi dia. Dia menangis, aku yang menjadi tempat meredakan tangisan itu. Dia tertawa, aku jua yang tumpang tertawa bersama. Mengapa semua ini berlaku? Aku makin keliru dengan dunia yang baru ku redahi ini. Sejujurnya aku takut untuk meneruskan perkenalan ini. Aku takut suatu hari nanti cinta itu bersemi buatnya. Aku takut seandainya semua itu berlaku.

Masih terngiang-ngiang di telingaku saat dia meluahkan segala masalah peribadinya padaku pada malam itu. Katanya, dia mencintai seseorang, namun lelaki itu kini tiada lagi menghiraukannya. Dia rasa bagaikan dipersia dan tidak dipedulikan. Aku terkejut mendengar pengakuan itu. Dia menangis. Dan akulah yang menjadi tempat dia meredakan tangisan cintanya itu. Aku bertambah keliru. Mengapa aku menjadi tempat untuk semua ini? Mengapa? Aku cuba memahami perasannya. Aku cuba merungkaikan masalah yang dihadapinya. Dan aku begitu terkejut tatkala dia mengatakan orang yang dia sayang itu adalah senior kami. Senior yang pernah bersama kami selama seminggu untuk menjadi fasilitator minggu orientasi dulu. Senior itu kunamakan sebagai Syafiq, yang juga merangkap sebagai ketua fasilitator. Syafiq kini sedang menjalani Latihan Perindustrian (LI) di Pahang. Dia akan kembali ke sini awal tahun hadapan untuk menghabiskan pengajiannya di tahun akhir. Aku sedikit kecewa. Kerana aku sedar yang aku bakal menghadapi satu lagi ujian getir seandainya aku meneruskan niat untuk terus mengenali Eyca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience