Bab 1

Romance Completed 7601

The bed's getting cold and you're not here

The future that we hold is so unclear

But I'm not alive until you call

And I'll bet the odds against it all

Save your advice 'cause I won't hear

You might be right but I don't care

There's a million reasons why I should give you up

But the heart wants what it wants

Selalunya aku tidak gemar mendengar lagu-lagu urban sebegini tapi entah kenapa lagu ‘Heart Wants what it wants’ nyanyian Selena Gomez ini bisa merumuskan segala kisah cintaku.

Malam ini bagaikan seolah-olah mengerti kegelisahan hatiku. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kedinginan malam yang diterangi suasana gemerlapan kilauan cahaya dari lampu-lampu jalan dan bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan. Suasana malam di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada malam ini begitu damai.

Suasana bingit dari enjin kenderaan sekadar menyentuh cuping telingaku. Tiada sesibuk dan sebingit bunyian kenderaan di kota-kota lain seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Namun, suasana seaman ini tiada jua mampu meredakan kegelisahan dan ketidaktenangan di hati ini. Mengapa? Memoriku melayang jauh mengingatkan peristiwa lima bulan yang lalu. Peristiwa yang meruntun tangkal hatiku. Peristiwa yang menyebabkan keegoaan kelakianku terhakis. Dan peristiwa yang menyaksikan air mata lelakiku berguguran membasahi bumi. Masih terbayang di kotak mindaku saat pemergian insan itu. Insan yang ku namakan sebagai Haszirah.

Haszirah adalah insan pertama di dunia yang fana ini yang telah menerima cinta tulusku. Cinta suciku. Haszirah yang telah membuatkan aku tertawa, gembira, dan penuh hilai tawa. Tapi, kusangkakan semua itu bagaikan tiada pengakhirannya.

Kusangkakan dia adalah insan pertama yang menerima cintaku dan insan terakhir yang muncul dalam hidupku. Ternyata tekaanku meleset. Haszirah berubah hati setelah hanya hampir sebulan melayari nakhoda mahligai bersama diri ini. Aku yang pada ketika itu hanya insan biasa, tiada masa depan, tiada berharta terpaksa melepaskan dia pergi.

” Mengapa? Tiada mampukah aku untuk mengejar dia kembali? Tiada bisakah untukku melangkah selangkah ke hadapan dan memegang erat tangannya? Membawanya ke dalam pelukan cintaku.” Berbagai persoalan menerjah ruang fikiran ini. Haszirah pergi meninggalkan aku setelah cinta lamanya kembali. Kembali mengenangkan memori silam saat bersama sedikit waktu dulu. Kembali mengharapkan cinta itu bersemi seperti sesaat yang lalu. Haszirah yang pada ketika itu masih baru bersamaku, masih mencurigai keikhlasan aku terhadapnya mula menampakkan tanda untuk kembali kepada cinta lamanya. Aku dipersiakan ibarat tunggul kayu yang tiada berharga. Aku bagaikan seketul batu yang bisa dia lontarkan ke sana dan ke sini mengikut kehendak hatinya. Hatiku yang remuk berkecai sebaik dia mengaku yang cinta lama antara dia dan insan itu masih bersemi, cuma menunggu masa untuk bersatu kembali bagaikan tidak dihiraukan lagi. Apa yang penting pada waktu itu adalah cintanya kepada insan itu. Insan yang telah empat tahun bermadu kasih, berkongsi cerita, berkongsi suka dan duka bersama. Aku ibarat pelabuhan persinggahan. Tidak lebih seperti seorang nelayan yang menjadikan sebuah pelabuhan tempat dia berteduh sebelum subuh menjelang bagi meneruskan aktiviti menangkap hasil laut. Hanya berguna di kala memerlukan tetapi bagaikan tiada apa-apa nilai setelah senang di kemudian hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience