Bab 3

Romance Completed 7601

Masa berlalu lagi dan lagi. Tanpa ku sedari, seorang wanita tiba-tiba muncul di waktu aku memerlukan seorang teman bicara. Wanita itu ku namakan dia sebagai Eyra. Eyra yang ku kenal melalui internet lama kelamaan semakin rapat dan selesa bersamaku. Aku dijadikannya tempat meluahkan masalah, berkongsi cerita, berkongsi tawa dan duka bersama. Sedangkan aku jua begitu. Eyra adalah tempatku meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Dan apa yang menyesakkan kehidupanku kini. Aku gembira bersamanya. Dia jua begitu. Aku dan dia bagaikan pasangan kekasih. Bermacam cerita dikongsi.

Eyra yang mempunyai sikap yang banyak celoteh telah menarik hati kecilku untuk terus mengenalinya. Aku suka perempuan yang mempunya sikap sebegitu. Kerana hal ini akan membuatkan aku terhibur dan gembira.

Di suatu malam, Eyra tiba-tiba menceritakan kisah silam hidupnya bersama seorang lelaki. Lelaki yang dikenali hampir empat tahun lamanya. Dan lelaki itulah yang bersama dia, meredah bermacam onak dan duri bersama selama empat tahun yang lalu. Baginya lelaki itu adalah segala-galanya. Tiada apa yang mampu menghalang cintanya buat lelaki itu. Namun, pada malam itu, segala cerita itu dirungkainya ke cuping telingaku.

” Awak, lelaki itu Eyra kenal lama la. Hampir empat tahun. Dan hampir empat tahun jua kami bersama tau. Dia tu first love Eyra laa. Masih terbayang dalam ingatan Eyra peristiwa pada malam itu. Time tu Eyra ngah bersiap untuk menyambut birthday Eyra bersama dia. Tapi, tiba-tiba je telefon berdering. Eyra dengar suara dia. Katanya, dia ditimpa kemalangan. So, tak boleh nak sambut birthday Eyra bersama. Tapi time tu Eyra dah tak fakir lagi pasal semua itu. Eyra bimbang pasal dia je. Tapi katanya, tak perlulah Eyra bimbang sebab dia cedera ringan je. Cuma motosikal yang dia naiki rosak teruk. Eyra sedih sangat masa tu. Eyra sayangkan dia. So, beberapa hari lepas tu, Eyra keluarkan wang simpanan Eyra untuk membaiki motosikal dia. Eyra sayangkan dia. Eyra sanggup buat apa je demi dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience