BAB 6

Romance Completed 23221

Selesai menunaikan solat subuh, Hajah Quratul Aini terus ke dapur menyediakan sarapan. Terkejut dia melihat Nasha yang lebih dulu berada di dapur. Nasha senyum pada orang tua yang sudah dianggap seperti uminya sendiri.

"awal Nasha bangun, dah solat?" soal Hajah Quratul Aini sambil mengintai bawang merah yang sudah dihiris halus oleh gadis itu. Nasha mengangguk sambil tersenyum manis pada Hajah Quratul Aini.

"Shadia dah bangun?"

"Sudah, Umi..eh, Makcik." Tersasul. Nasha menahan rasa malu. Risau jika Hajah Quratul Aini tidak selesa dipanggil begitu. Entah kenapa laju sahaja panggilan itu lahir di mulutnya. Mendengarkan ungkapan itu, Hajah Quratul Aini memegang bahu Nasha.

"panggil saja Umi... Umi lagi suka!" dia tahu Nasha sudah tidak mempunyai ibu. Tidak salah jika Nasha mahu menganggapnya sebagai ibu sekalipun. Dia juga senang dengan sikap Nasha yang sopan dan lemah-lembut.

"terima kasih, Umi..." sebaik rasa dada dengan penganugerahan itu. Dia sukakan Hajah Quratul Aini kerana wanita itu persis mendiang ibunya. Tambahan pula hatinya sudah terpaut pada anak teruna wanita itu. Orang kata, nak pikat anak kenalah pikat ibunya dulu. Nasha tersenyum sendiri.

"Wah... sedapnya bau! Nasha masak ke? Fuyoo!" Bagaikan tidak percaya. Shadia mencubit sedikit nasi di dalam kuali lantas disuap ke mulut. Hajah Quratul Aini menggeleng kepala dengan telatah anak buahnya itu.

"yummmy... sedapnya! Tak sangka kau pandai masak!" pujinya ikhlas. Nasha tersenyum malu. Tambahan pula pada waktu yang sama Zuhair masuk ke dapur.

"Anak Umi ni, dah solat ke?" Hajah Quratul Aini menghampiri puteranya di meja makan. Zuhair mengangguk berserta senyuman di bibir. Menyerlahkan lagi sinar wajahnya yang sudah sedia kala tampan. Shadia membancuh air dan dibawa ke meja makan. Sementara Nasha menghidangkan nasi gorengnya.

"Cuba rasa, anak bongsu Umi masak ni." Laju sahaja Hajah Quratul Aini mengiktirafkan status itu buat Nasha. Shadia dan Zuhair berpandangan. Seterusnya mereka memandang Nasha yang juga seperti tidak menduga dirinya diiktiraf sedemikian. Hajah Quratul Aini tertawa kecil.

"Anak bongsu Umi?" Soal Zuhair sedikit pelik. Sejak bila dia adik? Shadia juga pelik. Nasha pula yang malu-malu kucing.

"Apa salahnya, Nasha tiada ibu... Umi pula tiada anak perempuan..." Ucap Hajah Quratul Aini bangga menganggap Nasha sebagai anaknya. Shadia yang mendengarnya sedikit terkilan. Bukan dia cemburu pada Nasha tapi pada kata-kata Uminya. Tidakkah dia dianggap seperti anak kepada Umi? Sejak kecil Umi memeliharanya. Bagaimana Umi sanggup menuturkan kata-kata bahawa dia tidak punya anak perempuan?

Zuhair seakan dapat membaca perasaan Shadia ketika itu. Hajah Quratul Aini pula begitu bersahaja seolah-olah tidak menyedari bahawa dia telah melukakan hati Shadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience