BAB 1

Romance Completed 23222

Ahhh… Lega rasanya dapat berehat selepas hampir dua jam dia ‘berterapi’ di kebun bunganya. Tiba-tiba dia teringatkan pada surat belum berbuka yang diterimanya pagi tadi. Dipakainya cermin mata dan perlahan-lahan dia mengoyak sampul surat tersebut.

‘Eh siapa pulak bagi surat ni?’ tanda soal bermain di fikiran. Hajah Quratul Aini membuka elok lipatan surat. Dia duduk di tangga halaman rumah.

Assalammualaikum Umi.

Umi apa khabar? Zuhair di sini sihat walafiat. Maaflah baru hari ini Zuhair berkesempatan membalas surat dari umi. Zuhair akan pulang ke Malaysia pada 27 Julai ini... Jadi tak perlulah Zuhair berceloteh panjang di sini. Kita akan berbual panjang di rumah nanti kerana Zuhair akan bercuti selama 4 bulan. Jumpa Umi 2 minggu lagi.

Yang Benar, Anakmu,Zuhair

Yahooo! Gembiranya tidak terkata. Hajah Quratul Aini mengucup surat itu seolah-olah mengucup anak kesayangannya yang bakal pulang. Zuhair akan pulang. Sudah 4 tahun Zuhair menyambung pelajaran di Kota Perancis. Dalam tempoh itu hanya calit-calit tinta menghubungkan mereka. Rindu yang teramat sangat dia kepada anak terunanya itu. Bermacam-macam benda kini bermain di akalnya. Mahu dihidangkan makanan kegemaran Zuhair, menyediakan bilik yang selesa buat Zuhair dan bermacam-macam lagi.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumsalam..." Kedengaran suara seseorang di corong telefon. Hajah Quratul Aini membetulkan kedudukannya setelah mengenal pasti tuan punya suara.

"Umi Aini ni, Shadia apa khabar?"

"Shadia sihat Umi... Umi sihat?" girang suara Shadia menerima panggilan dari ibu saudara yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

"Sihat... Shadia tengah sibuk ke?"

"tak umi... Shadia tengah baring-baring depan tv je ni.. ada apa umi telefon Shadia?"

"Umi nak bagitahu Shadia, Zuhair nak balik!" menitis air mata tuanya saat mengungkapkan ayat itu. terlalu gembira rasanya. Shadia dijadikan tempat berkongsi rasa bahagianya ketika itu.

"betul ke umi? Bila?"

"27hb julai katanya... Shadia tak nak balik jumpa dia?"

"mestilah nak, umi! Nanti Shadia check jadual kelas Shadia dulu ye!"

"jangan tak balik... Zuhair pasti nak jumpa Shadia...Umi pun lama tak jumpa Shadia"

"Shadia janji umi! Shadia balik! Nanti Shadia telefon umi balik, ye?"

Setelah salam terakhir meniti di bibir, Hajah Quratul Aini meletak semula gagang telefon rumahnya. Tersenyum dia mengenangkan anak terunanya yang akan tiba tak berapa hari saja lagi. Mengenangkan Shadia, anak saudara di bawah jagaannya yang juga sudah agak jauh dengannya kerana pergi menyambung pelajaran di kota.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience