BAB 2

Romance Completed 23221

"Alamak, sakit perut!" Nasha memegang perutnya. Risau ada sesuatu yang bakal berteraburan. Boleh tempah batu nesan rasanya jika ia benar-benar terjadi.

"Bau apa ni?" Bagaikan ingin termuntah dengan aroma yang datang secara tiba-tiba. Shadia menekup hidung. Setelah puas mendalami dan mengenal pasti, "sah! Ni bau kentut! Siapa kentut?" soalnya dengan muka bercelerut. Dia pantad menoleh ke arah Nasha. Wajah Shadia ketika itu saling tak ubah seperti seorang peguam yang sedang mengenal pasti pesalah di dalam kandang di mahkamah. Nasha tersentap. ‘Control... control...’ bisiknya dalam hati.

"Iyelah! Bau macam taik kuda!" Beria-ia Nasha menutup hidung dengan muka yang marah mencerlung. Pura-pura tak bersalah. Hakikatnya hanya dia dan Dia yang tahu siapa empunya angkara. Gluurrkk... kedengaran bunyi perutnya... ‘alamak! Sebelum dia meletup, baik aku lari sekarang."

"Woi! Nak pergi mana tu makcik?" Shadia terpinga-pinga di tempat menunggu bas. Dua tiga orang lain di tempat itu turut berkerut-kerut wajah menahan bau kentut yang datang tanpa undangan. Dalam pada nak menahan bau busuk yang masih bersisa, dia mengesyaki sesuatu. Jangan-jangan...

"Fuuh...lega!" Flash ditarik. Butang seluar jeansnya disatukan. Dia ke sinki mencuci tangan. Rambutnya dibasahkan dengan sedikit air. Jam di tangan direnung sekilas. Dia teringatkan sesuatu ‘Shadia!’

"Kau pergi mana, hah? Dah terlepas satu bas tau tak!" marah Shadia. Ikutkan hati tadi sudah lama Nasha ditinggalkan. Sudahlah pergi tak berpamit. Shadia menjeling. Wajahnya masam. Nasha tersengih-sengih tak tahu alasan apa harus diberikan.

"err.. janganlah marah Shad... aku..aku..err...."

"apa!?" Tersentak Nasha denga sergahan itu.

"Aku ke toilet kedai mamak tu kejap. Sakit perutlah..." sambil tangan kanan menuding jari ke arah kedai mamak Ali Rustam, tangan kirinya memegang perut.

"ouuuhhh... jadi kau lah yang kentut tadi?" Shadia cuba menahan ketawanya dari terburai di depan Nasha. Memang dia sudah syak. Merah padam muka Nasha menahan malu. Mahu tak mahu, dia menyengih sahaja. Bak kata orang, diam tandanya setuju. Bermakna Nasha setuju dengan kata-kata Shadia bahawa memang dialah pembawa bau kentut sebentar tadi.

"dah kentut tak nak mengaku, boleh pulak buat muka innocent je konon-konon bukan dia yang kentut!" tambah Shadia lagi. Bahu Nasha ditamparnya. Nasha menahan malu. Salahkah aku kerana kentut? Dia bertanya-tanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience